Pandu perlahan. Anak kecil melintas jalan.


Anak kecil ini miskin dan sungguh kasihan.
Saya dan bulanchinta, temuinya terhuyung-hayang 
di kota Beijing.  


Comelnya anak ini berjalan kegirangan 
Sudah terlanjur lambat ke kelas selalunya saya pandu laju secara kelam kabut tak ingat! Tetapi hari itu, saya pandu perlahan. Secara kebetulan ketika bergegas hendak ke kelas ada anak kecil melintas betul-betul dihadapan kereta saya. Kanak-kanak itu berada di tengah jalan sambil terhuyung-hayang, amai-amai barangkali baru bangkit dari tidur. 

Pada mulanya saya memandang kanak-kanak itu dan terus berlalu pergi. Tetapi, sayu pula hati ini setelah memikirkan apa akan terjadi kepadanya selepas ini? (takut-takut jika tiada siapa yang peduli tentangnya). Jadi saya undur kembali, berhenti di tepi jalan dan terus mendukung kanak-kanak itu. Kemudian saya berfikir pula apa yang patut saya buat kepadanya ni? Kanak-kanak ini tidak pandai bercakap masakan dia tahu tempat tinggalnya sendiri?



Kanak-kanak ini tidak mungkin bisa dapat berkeliaran jauh dari kawasan kejiranan sini. Anak ini kelihatannya seperti anak orang cina. Saya terus menuju ke sebuah rumah. Mujurlah, rumah pertama yang saya kunjungi adalah tepat. Kanak-kanak kecil itu memang tinggal di situ. 

Pintu pagar terbuka luas. Pembantu rumah yang sedang membersihkan kereta majikannya agak terkejut beruk melihat anak kecil yang sepatutnya dibawah jagaannya berada dalam dukungan saya. Dia tergaman apabila saya memberitahunya yang anak majikannya itu saya jumpa di tengah jalan sana. 

p/s: Aksi kanak-kanak seperti gambar diatas ini ditemui ketika saya berkunjung ke Beijing, China dan tiada mengena dengan suspek kecil yang sedang melintas jalan tempoh hari.



Ulasan

Catatan Popular