(Kosong)

Saya memarkir punggung di stesyen bas pekan Alor Gajah sementara menunggu bas datang memungut penumpang pulang ke Kuala Lumpur. Ada pula orang gila berbasikal laju-laju sambil terpekik ke telinga orang-orang yang disekitar situ. Selalu juga aksinya menjadi bahan jenaka di situ atau rutinnya dia memang kerap bersinggah situ sambil cuba datang dekat dan 'hello' orang-orang. Lucunya. (cepat lari-lari anak).

Ada pula di sudut sebelah situ budak lelaki muda sedang memetik gitar sambil menyanyikan lagu yang kurang pasti. di kala pagi dia di situ. petang juga dia disitu. Seringkali dia menapak di situ. Muzik yang cuba dimainkan agak membingitkan dan menjengkelkan. Tapi harus ada rasa simpati. Stesyen bas Alor Gajah mungkin selaku tempat dia meluahkan rasa (hati yang lopong). Dia juga (ada teman yang turut serta bernyanyi selepas pulang dari sekolah) sedang mengisi jiwa yang kosong dikala waktu-waktu senggang.

Terkesan pula saya bila teringat bait kata seniman agung sepanjang zaman, arwah Tun P.Ramlee dengan nada amat bersungguh...
"... muzik harus disemai dalam jiwa anak-anak kita supaya hati mereka tidak kosong. Semailah muzik seperti kita semai agama dalam jiwa anak-anak kita..."
 - Kisahnya diikuti melalui History Channel.



Tiket bas Jebat dalam simpanan saya ketika menuntut
 di UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka (di hatiku) suatu masa dulu. 

Ulasan

Catatan Popular