Perjanjian Sotong Kurita

Saya ada perjanjian dan peraturan menjaga diri yang harus dipatuhi untuk mencegah detik-detik trauma dalam perhubungan tidak jujur. Untuk menghindarkan paranormal kurang percaya, saya menyemai perjanjian dimana jika teman lelaki tidak mengajak saya terutamanya menonton wayang maIahan tak memberitahu saya bahawasanya beliau pergi menonton wayang  makanya, sesuatu harus dibedah siasat dan digeledah secara bulat-bulat. Ya, tak salah sama sekali punya waktu padat riadah atau hiburan bersama rakan. Tetapi kalau saya dikerah untuk report, maka dia harus report juga.

Peraturan ini, jika tidak dikuti makanya padah. Beliau tidak report kepada saya sepertimana saya telah report kepadanya secara ideal. Tetapi kadar senget dan tak seimbang telah berlaku makanya, saya sedikit-sedikit akan menuai perasaan tidak percaya atau kurang percaya. Saya juga akan mula melakar rentetan wadah madah berhelah kalu diajak menonton wayang kelak saya akan mengelat kerana dia telah melanggar peraturan saya. Ini bakal mengundang masalah di masa akan datang. Perkara ungkit-mengungkit akan berlaku.

Tiba-tiba ada satu perkataan keluar dari kepala saya. Di kala sedang bercelaru ini. Perjanjian tercela dan perjanjian yang kononnya hendak dimeterai in tak ubah semacam "Perjanjian Sotong Kurita". Ini adalah sangat membuekkan saya. Huh. Hampeh. Hampagas. Hampas.

Ulasan

Catatan Popular