Sayap Kanan ; Bapaku

Saya memang tak tahu lagi nak kata apa. Ianya sedih, tapi tak perlu terlalu sedih kerana bukan masalah saya. Bila ambil pilihan no komen. Nanti saya dituduh menjadi seorang kakak yang kurang prihatin. Mungkin si anak muda tidak pandai memerhatikan situasi semasa. 

Ini mengenai cerita masa lampau dan masa depan yang sepatutnya kamu lakar sendiri.
Jika ayah bercerita tentang susah peritnya emak melahirkan anak lelaki yang diinginkannya. 
Hati menjadi pilu. 

Jika langkahmu tidak direstui, pasti setiap rona hidupmu tidak diberkati. 
Kalau bapamu tidak boleh duduk diam di rumah. 
Ke hulu ke hilir, itu tanda betapa prihatinnya dia. 
Jika kamu melawan setiap katanya, alamat musibah bakal menimpa nanti.

Saya teringat suatu masa dulu, saya ambil keputusan untuk berhenti belajar kerana keputusan saya amat teruk dan terpaksa menanggung beban banyak subjek repeat (ulang semula) serta beberapa lagi masalah lain, saya berfikir panjang dan kemudian mengambil pedoman dan ikhtibar apa pula yang akan terjadi kepada saya kelak jika saya tidak berpelajaran?  

Terima kasih kepada Pak cik dan mak cik saudara saya juga mereka yang ada disekelilng kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk saya terus belajar. 

Meskipun saya seorang gadis survival. Namun, apabila datang kerungsingan dan kerumitan serta tiada sesiapa yang hendak dirujuki, orang yang mendengar kesedihan saya tentunya ayah saya. 

Masuk semester pertama di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka, pertama kali saya menyaksikan orang yang dirasuk makhluk hitam (jin/iblis/syaitan) betul-betul kejadian dihadapan mataku. Saya jadi takut teramat sangat sampaikan saya meminta kawan-kawan semuanya tidur di dalam satu bilik beramai-ramai. Malam itu, saya peluk kuat sahabat kimia saya, Fada. Tak pernah saya setakut itu, saya pun telefon ayah untuk menyedekahkan doa-doa perlindungan. 

Suatu masa dulu, saya tak tertanggung sedihnya akibat putus cinta (bekas teman lelaki bercurangan), saya telefon ayah di telefon awan sambil teresak-esak menangis sedu sedan (mata lebam) dengan teramat teruk. Tak kisahlah orang lalu lalang menyaksikan saya berlelehan air mata dan hingus. Saya cuma mahu menangis kuat di telefon awam stesyen LRT Bandar Tasik Selatan. Poterk (juga sahabat kimia saya) menyaksikan kejadian ini.

Saya juga pernah bergaduh teruk dengan salah seorang sahabat kimia. Pergaduhan menjadi dahsyat selepas topi keledar di baling-baling, sehinggalah kami berjeritan di luar rumah sewa di Lendu dan dia ingin menggertak saya dengan lebih dahsyat lagi. Mujurlah saya sempat menyelamatkan diri dengan mengunci dan menyembunyikan diri di dalam bilik. Tetapi, beliau mengeluarkan kata-kata yang teramat-amat menyusuk jiwa dan menyinggungku. "Tahu tak Liyana yang kau tu repeater dan bodoh?!!!", katanya dengan kuat. Dia berulang-kali kata begitu sehingga menyebabkan saya tergamam dan duduk termenung seorang diri di dalam bilik. Selepas keluar bilik, saya cuba menahan diri supaya tidak menangis. Tetapi, sejenak kemudian saya tidak dapat menahan diri dan terpaksa menelefon ayah dan sebaik sahaja saya mengadu kepadanya air mata berjatuhan (menangis sampai banjir). Ayah pula mengamuk benar dan hendak memarahi kawan kimia saya itu. Tetapi saya kata tak perlulah.

Perkara itu, sudah lama berlalu dan saya telah memaafkannya. Apa jua masalah masalah lampau telah pun saya atasi dan ia membuatkan saya menghargai setiap detik-detik itu dan mengambil pedoman. Untuk masa-masa akan datang, mudah-mudahan di harapkan dengan berkat ibu bapa, hidup kita sentiasa diberkati serta tidak tersasar jauh dari landasan. 

Ulasan

  1. kami juga ingin anda berjaya. sebagaimane ayah anda mahu anda berjaya, begitu juga kami.. hari graduasi anda merupakan hari indah juga buat saya..kerana pade hari itu, sy tahu bhwa anda telah berjaya, walau tanpa kimia disisi!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular