Cemasnya
Bila ditelanjang bulat. Tiada seurat benang pun. Tanpa kaca mata bergaya. Tanpa gaya. Saya, awak, aku, kami, kita, engkau, dia dan kamu itu sama saja. Mungkin bezanya kamu itu kurus. Itupun kerana kamu terkurang makan atau kurang berdaya. Mungkin juga kamu orang kurang mampu. Mungkin bezanya kamu itu gemuk. Itupun kerana kamu terlebih makan. Mungkin kamu cantik, kemas dan bersih. Itupun kerana kamu terlebih mampu dan upaya. Mungkin kamu itu buruk dan busuk. Namun itu, tidak memungkinkan dirimu dipandang jijik dan kotor.
Sungguhpun begitu,
Tiada ada apa yang membezakan gemuk, kurus, cantik, bersih, kemas, buruk dan kotor kecuali amal kepadaNya. Bezanya akal dan tutur bahasa. Buatlah sesuatu yang kamu percaya dan yakin kerana itulah yang sebaik-baiknya yang kamu perlu lakukan.

**
Mohon tuhan jangan bawa aku jauh dari jalanNya. *Mohon untuk aku tumpang berteduh tenang dan nyaman selalu di bawah lindungan dan bimbinganNya*.
Mohon tuhan jangan bawa aku jauh dari jalanNya. *Mohon untuk aku tumpang berteduh tenang dan nyaman selalu di bawah lindungan dan bimbinganNya*.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan