Dia datang menyapaku
Sejujurnya sejak bertemu dengannya, saya sentiasa tergamam dan bersyukur akan aturan dan perancangan Allah antara saya dengan dirinya.
**
Sudah bertahun lamanya, sejak berjuang di medan perang.. cuaca seringkali berawan mendung kelabu. Namun hari itu, cuaca cerah nan indah lagi mendamaikan seolah pelangi di siang hari tiada berpenghujung.
Sebaik tamat pertempuran jihad.
Saya menanggalkan topeng muka besi dan baju perisai.
Lalu berhenti di sebuah telaga air yang sunyi serta tidak berpenghuni..
Kasihan kudaku si gagah berani. Beliau si pejuang yang ikut tempur bersamaku di medan juang dan telah tercedera parah. Sambil membersihkan luka di tubuh kuda kesayanganku, saya cuba menyembunyikan rasa ingin menangis tatkala melihat nafas nadinya yang lemah dan semputnya yang tiada berlagu.
Saya menanggalkan kain di kepala kemudian meneguk air di telaga dan membersihkan wajah nan compang. Saya mengambil wudhu untuk menunaikan solat sunat tanda syukur kepada Sang Pencipta kerana peperangan dan darurat kini sudah dipenghujungnya.
Pada hari yang cerah itu, saya dalam keadaan paling tenang dan berwudhu.
Dan pada hari itu jua. Dia datang menyapaku.
Dan pada hari itu jua. Dia datang menyapaku.
**
"Saya lihat kuda kamu injured teruk", tanya pemuda itu.
"Ya. Saya berhenti di sini sementara menunggu kuda saya sembuh", saya membalas sapaannya.
"Nampaknya dia sedang bertarung nyawanya untuk hidup. Dia sedang menderita", beritahu pemuda itu.
"Saya tiada apa pun kecuali kuda kesayangan ini", beritahuku.
"Marilah saya tumpangkan kamu. Ke manakah hala tuju kamu selepas ini?" Tanya pemuda itu.
"Saya masih belum menjumpai destinasiku", jawabku.
"Saya masih belum menjumpai destinasiku", jawabku.
"Sebenarnya saya sudah lama memerhatikan kamu wahai Gadis. Beritahu saya bagaimana caranya untuk saya bawa kamu menaiki kudaku ini. Saya ingin bawa kamu pergi bersamaku", kata pemuda itu.
"Benarkah kamu ingin bawaku pergi bersama?" Tanyaku.
"Benar", beritahunya.
"Benarkah kamu ingin bawaku pergi bersama?" Tanyaku.
"Benar", beritahunya.
"Baik. Jika begitu. Saya akan sudi pergi bersamamu", Jawabku.
"Benarkah?" Tanya pemuda itu.
"Ya. Hanya jika kamu orang yang benar-benar ikhlas dan jujur. Saya yakin, kamu pasti tahu apa yang patut kamu lakukan", beritahuku.
"Bagaimanakah caranya Gadis? Beritahu saya." Pemuda itu musykil.
"Saya akan bersamamu hanya jika kamu yakin dan pasti... bahawa saya ini adalah wanita yang ingin kamu jadikan sebagai isterimu dan ibu kepada anak-anakmu nanti", beritahuku.
"Ya. Hanya jika kamu orang yang benar-benar ikhlas dan jujur. Saya yakin, kamu pasti tahu apa yang patut kamu lakukan", beritahuku.
"Bagaimanakah caranya Gadis? Beritahu saya." Pemuda itu musykil.
"Saya akan bersamamu hanya jika kamu yakin dan pasti... bahawa saya ini adalah wanita yang ingin kamu jadikan sebagai isterimu dan ibu kepada anak-anakmu nanti", beritahuku.
**
Ini mendebarkan jiwa. Dan kini saya sedang bernostalgia menggeledah segala khazanah (kertas-kertas manuskrip) yang telah menjadi simpanan sejak dua dekad lamanya. Dan saya gagahkan diri untuk membuangkan segala harta peninggalan yang kini telah menjadi sisa.
Saya juga telah menyedekahkan pakaian-pakaian dan menjual majalah-majalah kegemaran. Ya. Sedikit masa lagi, saya bakal di bawa pergi oleh pemuda ini. Dan ini mencemaskan.
Saya menanggalkan topi perisai dan menyimpan hunus bilah pedang. Saya sudi ikut pergi bersamanya.
I miss him
Abang, cepat pulang.
xoxo

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan