Bebeh.. my beautiful one


Bebeh tahu.. as when I takeover him, he knew he’s going to be in trouble. Bebeh sudah gementar. But I told him, “Dont worry Bebeh. It’s going to be a very joyous ride between you and me!” My first accident with Bebeh was, I hit a tree, my dad's favourite tree.. yang bapa tanam, bapa belai, bapa sayang dan dijaga rapi oleh bapa saya. 

Saya memandu Bebeh. Namun Bebeh yang melanggar pokok kegemaran bapa. Maafkan dia. Situasi jadi cemas bila memikirkan pokok yang disagat oleh Bebeh itu adalah pokok kesayangan bapa. Dan nenek minta saya berusaha berganding bahu bersamanya untuk mencantumkan semula pokok itu. Nenek beri tali untuk ikat semula pokok yang sudahpun patah dua. Namun cubaan kami tidak menjadi. Sekembalinya bapa dari Mekah menunaikan haji, pokok kegemarannya itu sudah rapuh, mati dan layu. 

                                   Saya dan Bebeh mohon maaf.

However, me and my Bebeh.. we both having so much fun. The incident was our first accident together.

                                                       **

Kemana pun tubuhku pergi
Dia selalu menemani ku
He maybe the reason I survive
The one who always care
on my rainy day

Whenever I go
He with me

        **

Baru-baru ini, dia sangat rapuh. I said, "Bebeh, please don’t do this to me. Bangkitlah. Saya sudah menjadi seperti ayam panggang golek yang dibakar dalam oven ni". Saya merasakan Bebeh sudah tahu saya akan berkahwin tidak lama lagi. Dan dia sedang tacing.

Demi Bebeh, saya sudi dipanggang di tepi jalanraya. Bila Bebeh sakit. Hati menjadi gundah. Walaupun Bebeh sudah bernyawa di jalanan selama 16 tahun. Namun saya ingin melihat dia membesar sedikit masa lagi. 

                                                        **
Ku mohon ilahi
Menerangi harinya
Sedikit masa lagi

Bila Bebeh naik baran, selalunya mulut dia muncung, berasap dan panas hati. Bila Bebeh naik temper, dia  akan merengek ditengah-tengah persimpangan jalan. Situasi sebegini memang memalukan saya. Dan saya terpaksa coverline pasang lampu kecemasan cepat-cepat sebelum ada kenderaan lain yang akan memaki hamun Bebeh.

**
Dan aku menangis
Dan aku terluka
Bila Bebeh terluka


Bebeh selalu beri nafasnya untukku dan sesiapa pun yang memerlukan di saat sedak dan senak. Di saat ku jatuh, bangun, ku jatuh dan bangun semula. Bebeh selalu buka tingkap beri CPR. 

Hari itu, dia memandang kepada ku. Dan saya bertanya kepadanya-
“Ada apa Bebeh? Bertahanlah sayang. Walaupun saya tak peduli nombor plat awak patah, lampu sebelah takde. Dan pelbagai kerosakan dalaman. Hati harus kukuh dan padu okay?”
“Okay”, Jawab Bebeh.
“Sedikit masa lagi. Kamu harus berjasa demi cik mu”
“Saya mohon maaf tidak menjagamu sebaik mungkin. Tapi saya selalu bagi kata-kata semangat. Dan lihatlah dirimu kini. Meskipun kondisimu amat teruk. Namun kamu mampu bertahan sehingga kehari ini.
“Usah khuatir. Walupun kondisi kamu sedih. Tapi kamu tidaklah teruk sangat. Saya akan selalu beri semangat. Percaya dan yakinilah dirimu sayang” 
"Take my hand. No one will take you away from me okay", I told him.



Bebeh..you're my treasure that I love the most :P

Mana mungkin dapat ku singkirkan dirimu 
Sehangat pelukmu, Selembut belai mu
Tak akan ada satu pun yang mampu menjadi sepertimu 


**

Bebeh please say you love me.

\

Ulasan

Catatan Popular