Intermisi hidupku
Sudah lama rasanya tidak meng-update blog ini.
Hari ini, saya ingin menconteng sedikit disini supaya dapatlah dilenyapkan rasa mengidam untuk merepek dan berpujangga seperti selalunya.
Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan kurniaMu. Engkau jadikan akhirnya sebuah petunjuk yang rahmat-Mu wahai Zat yang Maha Pengasih.
Setelah bertunang pada 30 Disember 2012, tahun lepas. Selesai sudah majlis pernikahan dan majlis resepsi yang berlangsung pada 30 & 31 mac yang lalu. Dan kini saya mendapati tarikh tersebut telahpun luput dan menjadi basi memandangkan hari ini sudahpun menjengah ke bulan mei.
Akhirnya, misi mencari cinta sejati telah pun saya temui. Tentu sekali rasa kelu dan syukur sentiasa menyelubungi diri senantiasa, setiap masa dan walau dimana jua berada.
Alhamdulillah berkat keutuhan hati yang mampan..
Ujian serta kegetiran hidup dapat diatasi dan ditempuhi dengan penuh sabar dan tawakal serta yakin kepada Allah nan satu dan percaya akan jawapanNya yang paling terunggul dan terhebat.
Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari Allah, atas keizinanNya. Dan sesungguhnya tiada apa yang dapat menolak bahawa takdir dan jalan menuju destinasi itu terjadi dibawah kuasa dan ketentuanNya jua.
Sememangnya kesabaran yang jitu itu adalah satu kemenangan yang besar dan pasti.
Ya Allah Ya tuhanku.
Saya bermohon.
Jadikanlahku dalam kalangan wanita yang solehah, yang mentaati suaminya. Berkatilah segala rezeki dan kenikmatan yang kau berikan kepada kami.
Insyaallah. Amin.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan