Menghadapi Pandemik Covid 19
Secara tidak semena-mena, melewati Spotify langsung terserempak dengan The Mercy kumpulan Kugiran Indonesia, lewat 60 an. Lalu terpaut dengan bait lirik dan melodinya. Sentimentalnya sangat kena mengena sekali dengan situasi jiwa ya. I mean, this Movement Control Order really makes me (us) thinking. How long does it take. How long will it take? Harus berapa lama lagi ya. Ku sudah hampir mual, lemau, lemas & tercekik.
Menghadapi peperangan Covid 19 dan darurat untuk tetap tinggal terpatri di rumah sambil menonton movie perang Dunia World War I & II di Netflix. (Kemudian insaf). Kerana merasakan suasananya kini seolah di kala zaman perang.
Setelah mengambil kira perang lampau lebih binasa kukira bahan fisik --BOM tangan buatan manusia (bukan maya atau mikro) dicampak di serata dunia. Cuma kini perang virus tak nampak (super mikro)-- sedang berlaku didunia (seiring perubahan dan era peredaran zaman bersilih ganti). Untuk hal-hal yang lain disebalik tabir kukira, ku hanya ingin memilih untuk hanya mengambil iktibar, hikmah dan nikmat pada tiap-tiap kejadian.
(Ku mengerti sesungguhnya kerosakan didunia adalah berpunca dari mereka yang suka membuat kebinasaan. Segala kerosakan yang berlaku di darat mahupun di lautan berpunca daripada perbuatan manusia sendiri.)
Nah.... soalnya harus berapa lama lagi? Harus berapa lama lagi tidak bertemu dan berkumpul dengan keluarga besar sambil makan, libur dan tertawa. Sejujurnya (Makan-Kentut-Sendawa-Ketawa) seisi keluarga Hahahaha. (padahal sebenarnya mahu riang ria di taman, tempat bertendang dan pusat beli belah dengan aman)
Berbalik kepada Kumpulan Kugiran The Mercy yang menjadi halwa telinga pada saat ini,
The Mercy, adalah salah satu kumpulan pop Melayu Deli terhebat sepanjang zaman. Mereka terdiri daripada lima orang anak muda yang berambut panjang, iaitu Erwin Harajap (melodi/vokal), Rinto Harahap (vokal bass/timbal), Reynold Panggabean (vokal/vokal utama), Rizal Arsyad (irama/vokal) dan Iskandar (keyboard/vokal). Mereka membawa kisah sejarah dan kenangan yang mengusik jiwa dan berorientasikan band-band parti di Jakarta seperti Noor Bersaudara, Ceking, Cruss dan Medinas.
Ditubuhkan pada awal tahun 1969 di kota Medan, Sumatera Utara, band ini dibina oleh sekumpulan anak muda dari satu daerah yang memiliki visi yang sama, sehingga menjadikan kedua saudara dari klan Harahap berhijrah dari Jakarta ke Medan untuk membentuk sebuah kumpulan. (sumber wiki)
Namun, bagiku apa jenis genre musik sekalipun, rentak dan lirik yang bagus dan baik tetap akan bertahan selamanya melewati masa.
Sahabatku Doni Markos, was asking me, "Jadi dah tulis story terbaru?"
"Belum, besoklah----"
Dan beliau bertanya lagi, "Dah tulis ke?"
"Belum, besoklah---"
Jadi setiap kali bila di tanya jawabku cuma 'lusa' atau 'besok'
LAHHHH rupanya 'Lusa' dan 'besok' itu sudah berjalan selama 2 tahun!
APA TELAH TERJADI YAAAA?
Hahahahahhahahha
Menulis sambil mendengar lagu The Mercy & Diskoria - Serenata Jiwa Lara featuring Dian Sastro.
![]() |
| Diskoria - Serenata Jiwa Lara featuring Dian Sastro |
Bilang-bilang sayang
Lalu hilang tanpa bayang
Sesuka diri
Ajak ku bermanja
Dan pergi begitu saja
Di telan bumi
Hilang tanpa bayang
Hilang sesuka diri.
Hilang sesuka hati.
Lah. Gitew.
Akan bersambung/



.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan