Perempuan Benar-Benar Hampir Dewasa
Manakala jasad dan tubuh tidak pula mahu jalan seiringan. Jiwa tertinggal di suatu kala. Roh masih disitu. Ia tertinggal disitu..dan bagaimana mungkin jiwa tidak bersatu dengan tubuh. Ibaratkan jiwa benar-benar tertidur nyenyak. Masih belum bangkit dari lamunan tidur di kesiangan hari. Bak tetidur untuk duaratos tahun. Benar-benar tubuhku yang itu. Atau mungkin sangkal mindaku mahu jadi begitu. Apa-apa tubuh dan mindaku mahukan. Maka, biarkan ia berjalan berlalu mengalirkan alaminya dan aturannya memang begitu. Bagai air lalu, deras ombak memukul berdetak-detak. Biarkan ombak berlalu.
Biarkan
Biarkan
Let the flow go.
Let the flow go.
Let it be.
Just follow the flow.
Just--
Let it be.


.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan