The Unnecessary Drama : Letting Go of The Past
Ada beberapa orang yang sangat hampir denganku yang kulihat dia-- sangat hampir menuju ke jalan seterusnya--namun rupa-rupanya dia hampir-hampir saja. Umpamanya, termangu dia di tebing sungai yang curam. Tebing nampak saja tinggi tetapi sebenarnya tidak curam. Ada sesuatu yang menghalangi dia untuk terus jalan kedepan. Dia berjalan namun menoleh kebelakang. Bagaimana pula berjalan (harusnya badan kedepan) tetapi pandangnya mahu kebelakang.
Umpamanya, dia tidak mahu melangkah kaki menuju ke jalan seterusnya.
Ada apa dibelakang sampaikan tak bisa maju kedepan. Berjalan pun tapak kaki songsang ke belakang. Begitulah perumpamaannya melihat dia dalam analogi tanggapanku. Soalnya, mengapa dia tidak mahu melihat kedepan dan melihat apa yang dia ada sekarang? Ada apa dimasa lalunya? Adakah kerana di masa lalu itu mungkin hidupnya penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
Tetapi tidak sekarang.
Di dalam hatiku itu, sebenarnya sangat kasihan melihat dia. Ada apa dengannya. Mungkin hatinya sudah sangat terluka di awal usia dan pabila semakin berusia dan semakin menganjak usia, semakin terdampak impaknya. Umpamanya, walau ribut taufan datang sekalipun lalu membanjiri rumahnya namun dia tetap mahu tinggal disitu.
Fikirannya masih disitu.
Tak bergerak.
Tetap utuh duduk diam tertinggal disitu.
Lalu membiarkan apa-apa untuk menjadi apa-apa saja.
Melihatkan dia membuang-buang waktu hanya mengenang kisah lalu sepertinya kisahnya itu tidak pernah ada tarikh luputnya, di ulang-ulang pakai kerana tidak ada lagi cerita yang baharu.
Sedaya mungkin untuk cuba
Semahunya bantukan dia
Tetapi apakan jua terdaya kudratku
Melainkan Hanya Dia
Yang Maha Esa



Ulasan
Catat Ulasan