Kemewahan tipikal
Saya menjumpai seorang jutawan yang secara lahiriahnya dapat menyangkal pandangan "tipikal" orang-orang bahawa seseorang yang kaya harus sentiasa hidup dalam kemewahan serta eksklusif dan memakai pakaian yang berjenama. Setidak-tidaknya kisah jutawan itu dapat menembusi pemikiran orang-orang sempit bahawa apabila seseorang itu kaya dan berduit, tidak semestinya harus menaiki pesawat kelas pertama dan berbelanja mewah setiap masa. Menurut jutawan itu, beliau lebih senang hati apabila wangnya dibelanjakan untuk perkara-perkara yang memberi keuntungan pelaburan jangka panjang... seperti menghantar anak perempuannya ke kelas tarian atau apa saja yang dapat mengasah bakat serta disukai oleh mereka sebagai aktiviti sampingan untuk mengisi masa lapang.(saya lebih setuju jika begini) berbanding berbelanja dalam bentuk material. Meskipun rasa puas dan gembira membeli-belah tanpa batasan, kegembiran itu hanya setakat itu dan tidak berkekalan.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan