Selamat hari emak!
Saya akan semput tatkala menangis tanpa henti sambil teresak-esak. Saya amat ingat di suatu waktu zaman kecil dulu, setiap kali saya melontarkan tangisan, bunyi tangisan saya adalah yang terpaling nyaring sekali. Mungkin tiada seorang pun dapat menahan nada kebingitan waktu itu.
Masakan arwah emak selalu mengurung saya di belakang dapur akibat tangisan saya yang membingitkan. Saya begitu degil tidak mahu berhenti menangis dan kalau boleh mahu meraung dan menangis dengan sekuat hati. Meskipun (jika) di sepak terajang sekalipun, saya tetap tak mahu berhenti. Kedegilan ini bercampur dengan amukan berguling-gulingan. Sampaikan sehingga ke hari ini saya masih berperangai begitu (kini dah agak jarang. Gigi belakang baru saja tumbuh tanda sudah matang) malahan amukan itu seolah tiada noktahnya. Mungkin juga tabiat sebegini adalah salah satu sebab musabab putus cinta di atas kerenah yang pelbagai seperti menghentak kaki , mengamuk di atas lantai sambil badan berguling-gulingan, tergulin-guling.
Menangis sampai rasa agak-agak letih, bercampur dengan sedikit serangan lelah sudah memadai. Sehinggalah suatu masa, ada yang ingin memujuk (setelah cubaan berkali-kali) agar saya tak menangis lagi haruslah berbuat sesuatu seperti belanja aiskrim, jagung, gula-gula, gelang tangan plastik yang berwarna-warni dan seumpama dengannya) dan dengan syarat, orang yang memujuk itu tidak haruslah bercakap dengan kasar. Justeru itu, jika tidak, saya tidak akan berganjak, terus terpaku di situ sampai pagi (tidak berubah tempat walau seinci), dengan tekad dan harapan,"jangan pedulikan saya, biarkan saya seorang diri di sini". Sehingga suatu ketika tangisan sedu sedan (kisah sedih yang teramat) itu bakal terhenti dengan sendirinya.
Arwah emak biasanya mengurung saya di belakang dapur (sambil telanjang atau ditelanjangkan. Saya tak ingat). Saya mengetuk-ngetuk pintu meminta emak membuka pintu dapur. Saya menangis, menjerit, memekik dan melolong meminta tolong. Tetapi emak tak pedulikan saya mungkin dengan harapan supaya saya mendapat pengajarannya. Saya bermain dengan kucing kecil yang kasihan kemudian tertidur disitu akhirnya. Emak mendukung saya masuk ke dalam rumah.

Al-Fatihah Allahyarhamah ibuku yang indah, Raja Salimah Binti Zaitun.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan