Gadis Koboi
Idola - sang cantik Audrey Hepburn
Aduh. Bukankah telah saya katakan saya ini memang slumber-slumber saja. Kalau malas-malas packing pergi jalan juga adalah di buat malas-malas. Ya sampai tertinggal anak-anak dalam. Kalau rajin-semangat packing pergi jalan juga adalah semangat malah siap buat investigasi lagi sambil variasikan pelbagai pilihan pakaian (yang boleh saya pilih dan tukar mengikut mood semasa). Apa saja sekalipun akan saya muatkan selagi boleh di satu-padu kan. Bila bersungguh dan teruja packing pergi berjalan juga adalah bersungguh. Oleh yang demikian beg packing pergi berjalan haruslah dimuatkan sehingga mencapai tahap mampan dan padat maksimum (kalau boleh, satu almari pun saya mahu bawa).
Kalau tidak mahu (tidak ingin) pergi berjalan tetapi di paksa maka tempoh packing pergi berjalan hanya akan mengambil masa tidak sampai pun lima minit dan setelah selamat sampai ke destinasi sudah pastinya saya akan tertinggal sesuatu yang amat penting seperti 'anak dalam' dan beberapa perkara penting bagi orang perempuan.
Bila ditegur oleh orang penting (oh, malulah hendak di highlight kan disini) dengan mengatakan saya kelihatan serabai. Mungkin kadar bersungguh dan semangat untuk pergi berjalan adalah menjadi punca utama mengapa saya kelihatan serabai (Oh, alasan ini).
Tetapi itu bukan masalahnya.
Sebenarnya saya ingin meminta maaf jika ada yang mengambil berat (yang saya tidak tahu) ada masa untuk mengkritik penampilan serabai saya (sambil tunduk sedikit memohon maaf).
Maaflah untuk setahun dua kebelakangan ini ada sesuatu yang harus dilepaskan. Saya tidak mampu memperoleh kedua-duanya (yakni kos lepas yang salah satunya harus saya korbankan) kerana saya bukan orang kaya. Jadi saya harus memilih salah satunya. Saya tiada pendapatan, tiada kerjaya. Kos pembiayaan pelajaran pula adalah ihsan dari hasil simpanan amanah saham sendiri yang berbuah dan ianya terhad (tidak boleh berbelanja sesuka hati).
Maka dilemanya di sini antara kecantikan dan pelajaran. Sudah tentu saya memilih pelajaran. Kecantikan yang harus saya korbankan (Oh, alasan gampang ini). Maka penampilan saya juga agak 'sampahan'. Pelajaran ini saya anggap satu pengorbanan dan pelaburan jangka panjang yang saya harapkan dapat membawa tuah kelak.
Bukannya saya mahu menjadi selekeh (walhal, sebenarnya saya memang pun selekeh sedari azali). Ini amat memalukan bagi kaum perempuan.
Kalau ada sesiapa yang berasa sakit mata melihat rambut saya tidak bersikat, tidak terurus atau wajah saya tiada secalit makeup pun. Maaf. Gelaran gadis koboi sudah pun sebati dalam diri. Hahaha. Wah, bertambah gampanglah kalau begini.




gadis koboi yang simple penampilannya tapi tetap ada aura yang tersendiri.. Usah khuatir.. hehehe:)
BalasPadamterima kasih shieda. hihihihi..
BalasPadamdan masih dipandang jelita bg sesetengah insan
BalasPadam