Manisan Jalanan

Tensi dari hujung kepala hingga hujung kaki. Mata yang dulu bersinar, sekarang tidak bersinar lagi. Kasihan mata. Capek kekuningan berair-air sehinggakan lingkaran hitam bawah mata pun muncul. Cahaya skrin komputer riba LED LCD amat berlebihan. Sungguh tak dapat saya tahan. Sekali-sekala sebelum tidur (selalunya tak boleh tidur malam) saya bubuh uncang teh di sekitar mata untuk hilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Oh, rasa lega dan nyamannya tetapi sedikit-sedikit rasa sakit dan pedihnya (ku tahan sambil merengek-rengek). Kejang otot-otot. Buat urutan di mata dulu sebelum tidur. Esok, mungin sudah lega.  

Sudah sampai masa untuk organ badan berehat. Terima kasih kepada mereka kerana paling banyak beraksi dan bertungkus lumus. Saya selalu mengidamkan percutian panjang. Ya, mahu berterapi melihat keindahan alam semulajadi. Tetapi, soalnya bilakah?

Apakan daya. Hendak atau tidak, apapun rintangan harus bertahan sampai akhir nanti.

Telefon bimbit dengan ciri paparan skrin-besar-panjang-luas-bersegi-petak ini membosankan ditambah dengan paras cahaya yang tinggi menjadi faktor pandangan ini semakin kabur.

Makhluk jauh di depan pula saya lihat antara nampak atau tidak saja. Bila pandang lama-lama rasa mata sedang menanggung seksa. Maaf mata kanan dan mata kiri. Saya terpaksa. Jangan pula, awak memenjamkan mata di saat kritikal ini.

Sebenarnya, tak mahu lagi menghadap skrin paparan cahaya yang membunuh ini dan tak mahu lagi memaksa jari-jemari menekan-nekan papan kekunci satu persatu. Sudah letih yang amat. Maaf yang mulia.

Mata capek. Jari juga capek. Badan juga capek. “Sedikit masa lagi, berkorban ya!” Terima kasih saya ucapkan kerana bertungkus-lumus dan bersusah-susah. Insya’allah jiwa saya ini masih kental. Tetapi mental, sedikit-sedikit mereng lah. Kadar peratusan untuk memberi tumpuan kukuh dan fokus penuh pula adalah dalam keadaan yang sangat membimbangkan.

Ya. Sebenarnya tensi kewangan. Lalu, baru sekejap tadi dengan nyatanya saya ajak teman sekuliah untuk makan manisan jalanan setakat apa yang termampu. Saya kira, beberapa tahun kebelangkangan ini jarang lagi dapat menyantap makanan mewah dan bahagia. Manisan jalanan pun jadilah sekadar untuk mengubat bendalir tensi yang memuncak yang tak henti-henti menginginkannya. Saya minta ampun. Meskipun berbajet, sekali-sekala saya harus memenuhi permintaan bendalir tensi yang sudah menunjukkan kerenah geli-geli gediknya. Dengan harapan, semoga saya dapat  menutup muka tensi yang (kerut-kerut-kerut 360 darjah selsius-muram-berang).

Untuk mengawal mood kerut-kerut-kerut 360 darjah selsius-muram-berang mahu saja saya berkunjung pula ke kopitiam (yang biasa-biasa saja) untuk makan sup kue kegemaranku-sedapnya. Sajian yang mengimbau masa kecilku. Teringat dulu kala, Nenek Ani nenek saudaraku-seorang cina mualaf selalu menghidangkan sajian kue ni sewaktu menjaga kami (saya dan sepupu) dulu. Teh tariknya juga enak dimana kami gemar hirup atas piring kecil sambil tiup-tiup perlahan bagi sejuk. Saya juga teringin nak makan mee hijau buatan Siam. Makan setakat yang termampu sambil berbajet-bajet demi pembiayaan kuliah, petrol dan lain-lain. 


Maaf kerana tiada langsung masa untuk aktiviti sosial kerana tidak termaktub dalam perbelajaan bajet Liyana Dalila. Bertahan hingga hujung nyawa. Asal dapat tamat dengan jayanya.

Ulasan

Catatan Popular