Dia Bukan Jodohku

Syukur Alhamdulillah, sukar untuk saya ungkapkan rasa syukur saya kerana Allah telah memberi jawapan kepada segala pertanyaan dan kerungsingan yang menyelubungi hati. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana segala ketentuan ilahi ini, serta qada' dan qadarNya di bulan Ramadhan yang mulia ini saya terima dengan penuh redha dan lapang dada.

Sepertimana hati-hati yang rungsing, saya bermohon agar diberikan pedoman serta semoga Allah dapat mempermudahkan jodohku bersamanya. Namun begitu, saya tidak menjangka segala perit dan sakit yang menduga saya selama ini rupanya sebagai memberi petanda bahawa lelaki ini bukanlah jodoh yang baik buat saya. 

Jika ini ketentuanNya dan suratan takdir yang sudah tertulis buat saya, makanya saya harus berbanyak sabar dan menerima ujian dariNya. Ujian dan dugaan yang tidak terjangka ini sememangnya telah memberi petunjuk bahawa lelaki ini bukanlah jodoh saya sepertimana yang saya harapkan. Sebetulnya Allah telah memberi jawapan bahawa lelaki ini bukanlah jodoh saya yang sebenarnya. Saya menerima ketentuan ini, dengan rasa rendah diri serta lapang hati sambil memanjatkan rasa syukur alhamdulillah. Sesungguhnya, rasa syukur ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala kepayahan dan kegusaran hati dari hari ke hari telah membawaku kepada sebuah jawapan yang pasti. Debaran di dada ini berdegup kencang setiap masa, setiap hari dan setiap malam akhirnya telah membawa kepada sebuah jawapan dan persoalan hati yang telah lama dinantikan. Tidak terjangka, di bulan Ramadhan, bulan rahmat dan yang teramat mulia ini, Allah telah memberikan jawabNya. Alhamdulillah, ianya sangat memberi ketenangan.

Lewat ini, saya merasai keberadaanNya disampingku. Syukur alhamdulillah kerana doaku dimakbulkan.

Amin. Syukur Alhamdulillah, ku panjatkan kerana masih boleh bernafas dan berjalan kearah jalanNya.    

Ulasan

Catatan Popular