Kesesatan

Ianya sukar. Bila kamu ada hati yang baik. Tetapi tidak didengarkan walhal sebenarnya, kamu kasihan melihat kisah hidupnya yang hitam dan gelap tetapi kamu tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana kamu tahu dia masih belum mendapat petunjuk dari-Nya. Tiada apa pun yang bisa kamu lakukan melainkan dia mahu berubah demi dirinya. Mungkin ianya terlalu awal dan terlalu hijau untuknya berubah. Demi siapa dan untuk siapa?

Saya kasihan kerana dia masih tidak sedarkan diri dan atas dasar kemanusiaan, tentunya saya simpati tetapi apalah dayaku. Saya juga insan lemah, sungguh tidak dapat berbuat apa-apa. Sesungguhnya, dia bakal mengalami rentetan kisah kesesatan yang panjang. Sehinggalah suatu masa nanti (jika dia mahu) memohon pertolongan dari Allah, mungkin dia bisa kembali pulang kepadaNya.

Ulasan

Catatan Popular