Angkat Kening, Kena Himpit
Saya lalu situ banyak kali, bukan sengaja tapi ahli veteren dah angkat kening. Mungkin dalam hati mereka berdetik, mengapa pula saya diberi peluang begini sewenangnya walhal mereka terpaksa tunggu sedikit masa untuk diberi peluang lalu situ? Mereka hairan kerana saya baru, saya juga hairan kerana ini hanya kebetulan. Selain itu, lagilah saya rasa segan apabila mereka mula mengangkat kening seolah memberi isyarat (apakah saya layak?). Namun sebaiknya, saya cuba merendah diri serendah mungkin.
Saya kenal muka situ, dari jauh suspek nampak saya lalu dia bertanya tentang hal kereta menggunakan bahasa tangan, "Apakah sudah bagus?" Saya kata, "baik". Kemudian, dia hilang. Mungkin mahu bergegas bagi memenuhi jadual pentadbiran. Oh, berkhidmat sebagai pegawai khas untuk orang pentadbiran awam sesungguhnya tiada masa senggang sendirian! Itu mungkin rezeki, selebihnya itulah pengorbanan yang harus dilangsaikan demi mencari sesuap nasi. Masakan masa sendirian juga tiada, akhir sekali, sudah tentu tiada masa untuk lain-lain.
Itulah pertama kali saya berasa dekat dengan Tun M. Apabila beliau mula berkata-kata, maka dengan tangkasnya tangan-tangan panjang mengangkat mikrofon dan peti rakam suara menjujur ke arahnya. Saya yang berdiri dekat situ, dihimpit ketat oleh orang-orang. Makanya, saya terpaksa terkujat berpeluk tubuh sekejap tidak bergerak tapi saya masih dekat. Kemudian watak satu lagi, yang pernah saya angkat dalam assignment saya suatu masa dulu, tanpa terduga dapatlah saya bertentang mata, menghadap depan-depan, walaupun muka saya terselit sedikit di celah corong ketiak orang-orang, saya masih dapat menatap personaliti beliau yang bersahaja, penuh karismatik dengan penuh penghayatan. Tiada usul yang lain, itu hanyalah tatapan observasi dari jarak dekat sahaja, malah jatuh hati juga amat jauh sekali. Semoga berjaya kereta elektronik hijau buatan Malaysia!
Lokasi: Rumah Putih
Lokasi: Rumah Putih

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan