Imaginasi Pendek

Apabila saya ditakdirkan ke bilik berita pada mulanya saya rasa agak sakit perut kerana khuatir saya tak mampu melakukannya. Ya, saya panggil menulis berita adalah episod "sakit perut". Menjalani proses simulasi untuk subjek 'news writing' di kelas juga agak mengambil masa yang panjang untuk saya berfikir. 

Deadline adalah pasti. Tapi rushing hanyalah jika keadaan memaksa.

Deadline harus ditepati dan rushing selalunya berakhir dengan kisah yang menarik atau bertentangan. Namun saya bukanlah orang yang suka ber-rushing. Saya lebih relaks dan tenang. Kecenderungan minat mungkin lebih terarah kepada kisah yang tersirat, panjang dan mendalam.

Jadi saya berfikir jika diberi pilihan lain selain dihimpit di bawah ketiak orang-orang apakah perkara lain yang saya ingin lakukan saat itu? Lalu (di kesempatan ini) mungkin saya lebih rela menjahit crochet, cuba-cuba mengukir awan larat, menenun songket, menganyam rami atau mengadun tembikar serta membaca buku kegemaran di belakang rumah.

Rumitnya penulisan berita bila saya perlu simpulkan ia menjadi paling mudah, padat, jelas dan ringkas mengikut kehendak house style.

Usah khuatir, bilik berita juga agak mengujakan makanya saya jatuh cinta!

Ulasan

Catatan Popular