Cuci Mata
Sebetulnya ini perjumpaan politik tergempar anjuran kumpulan politik muda salah satu sayap parti haluan kanan namun dari pengamatan saya (dari tempat saya duduk memandang tepat ke arah pentas). Gambarannya kelihatan seperti susunan rak pameran bola yang licin lagi berkilau.
Hampir kesemuanya ahli-ahli yang menghadiri perjumpaan politik kaum muda ini bukan dari kalangan orang muda. (Ini hanyalah observasi sahaja tiada kena mengena dengan apapun).
Hampir kesemuanya ahli-ahli yang menghadiri perjumpaan politik kaum muda ini bukan dari kalangan orang muda. (Ini hanyalah observasi sahaja tiada kena mengena dengan apapun).
Memandangkan saya tidak mengerti apapun yang mereka bualkan (bukan bertutur dalam bahasa ibunda) separuh hari itu jadi sekali-sekala saya mengalih pandangan ke arah KJ kerana dia satunya figura orang muda di situ. Memandang ke kiri, Abang Kyrel yang ada di sebelah saya sekejap bangun, sekejap terjaga.
Akhir bicara, "berpolitik-politik juga dan Muzakaraah!" katanya. Tamat sidang media, beliau menyapa dan tersenyum. Sekadar berbalas sapaan, saya senyum semula kepadanya.
Akhir bicara, "berpolitik-politik juga dan Muzakaraah!" katanya. Tamat sidang media, beliau menyapa dan tersenyum. Sekadar berbalas sapaan, saya senyum semula kepadanya.
Eh, Kacaknya KJ! (Eh, tak boleh ni).
Lokasi: Perhimpunan Parti Komponen Sayap Kanan, Cheras.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan