Reban Ayam

Saya sudah mengagak pada hari kejadian sewaktu encik mangsa langgar menghulurkan kad nama pada saya. Saya memang sudah dapat menjangkakan kebarangkalian lokasi destinasiku mungkin disitu. Saya sudah terdetik rasa 'alamak!' dalam hati namun saya simpankan dan cuba tutup mata kerana saya tak mahu benar berada di situ.

Saya mahu yang lain (lokasi praktikal/intership) namun ternyata ia bukan rezekiku.

(Ya, memilih boleh. Sudah tentu mahu saja yang terbaik). Tetapi yang terbaik bukanlah satu pilihan--terserah pada rezeki dan selalunya tuah sentiasa menemani. Selain belajar untuk perlunya menerima ketentuan dan mengikut arus namun saya juga harus berusaha keras. Setiap apa yang telah ditetapkan oleh tuhan pasti ada jalan seterusnya dan selepas itu, terpulanglah.

Nah, istilah 'reban ayam' adalah panggilan kasar oleh (pelapor/tukang wawancara) paling senior dan disegani yang matlamatnya bermaksud ingin menggelarkan institusi yang pernah gah seantero nusantara ini dengan rupa bentuk begitu. Ya, luaran gah namun dalamannya 'reban ayam' atau nama lain-- seperti peribahasa "Hidup segan, mati tak mahu". Isunya sejak peralihan kuasa institusi ini berubah jadi semakin terumbang-ambing. Masalah hutang piutang amat membebankan dan tak tertanggung hebatnya. Tragiknya sudah tentu memberi kesan kepada semua sumber tenaga yang terlibat.

(Jadi, moral mereka sedikit jatuh)

Meskipun 'reban ayam' namun ia peluang dan pengalaman yang sangat memberi erti buat semua yang tahu menyayangi dan menghargai apa yang mereka kecapi dan lalui.  Walaupun pening lalat melihat mogokon mereka namun ia sedikit pun tidak melunturkan moral dan semangatku. Malah rasa syahdu kerana dapat merasakan suasana piket kecil ini (eh, apakah kamu kurang normal?).

Konflik dalaman adalah normal. Usah risaukan apa yang berlaku (tapi saya selalu migrain di kala pagi), Yang penting hanya harus optimis ya?

Baik.

Ulasan

Catatan Popular