Hanyut
"Lain sungguh kelakuan ibu".
"Ibu seolah tak mahu bercakap panjang?" Gadis sedikit musykil kerana ibu diam.
"Ibu tahu apa yang sebenarnya telah berlaku bukan? Soal Gadis.
"Ibu tak kisah!", jawab Ibu. ---Ringkas tetapi penipu.
"Tiba-tiba saja wanita itu muncul. Entah dia datang dari mana!" Gadis marah kerana Ibu hanya berdiam.
Wanita itu berikan dia banyak wang bukan?" Tanya Gadis. Dia ingin tahu.
"Ibu tidak mahu ambil tahu", jawab Ibu mendatar.
"Mengapa ibu seperti tak sudi tolong saya ini?" Tanya Gadis
"Biar Ibu beritahu kamu ya Gadis! Ibu cuma mahu kamu tahu.. Ibu tidak kisah langsung dan ibu tak mahu ambil tahu tentang hubungan dia dengan wanita kaya itu!". Beritahu ibu kepada Gadis.
"Apa ibu tidak khuatir? Memang Ibu tak kisah?" Soal Gadis. Dia kurang puas hati.
"Tolonglah Gadis...Wanita itu baik. Ibu minta supaya kamu anggap sajalah dia datang cuma mahu menolong. Tenang saja. Biarkan wanita itu. Dia sudah berkahwin. Lagi pula dia, isteri orang. Suaminya orang senang. Mereka kaya raya dan mana mungkin dia akan tinggalkan semuanya itu demi anak lelaki Ibu yang miskin, tidak berwang ini? Ibu tidak percaya semua karut marut ini. Ibu percaya, dia hanya mahu membantu anak lelaki ibu".
Ibu cuba tenangkan Gadis. Tetapi tiada apa yang membantu.
Ibu cuba tenangkan Gadis. Tetapi tiada apa yang membantu.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan