Senget!
Pertama kali Fanny teman si suami main mahjong. Dia terpandang wanita senget yang tanpa segan silu cuba mengorat suaminya. Fanny yang tak sedap hati, cuba berbisik kepada suaminya. Dia mengadu, menegur dan memarahi suaminya. Namun si suami beri alasan bahawa perilaku wanita senget itu hanyalah sebahagian dari tuntutan kerjayanya.
Si suami minta agar Fanny dapat tutup mata dan biarkan saja adegan itu berlangsung di depan matanya.
Sejak dari itu, Fanny tak ingin teman lagi suaminya main mahjong. Demi sayang, dia cuma mahu berprasangka baik dengan meyemaikan rasa percaya bahawa suaminya akan bertingkahlaku baik-baik saja meskipun ketiadaannya. Namun, suaminya kerap pulang lewat malam. Kononnya demi memenuhi tuntuan kerjaya dan mengejar materi serta kebendaan yang terjamin bahagia di masa depan. Si suami juga semakin jarang meluangkan masa bersama Fanny seperti dulu. Demi memelihara hubungan mereka, Fanny minta supaya si suami dapat menelaah sumber rezeki lain yang lebih menyenangkan hatinya.
Setiap malam Fanny berjaga malam dan sentiasa bersunguh-sungguh menanti suaminya pulang rumah. Berkali-kali dia cuba meraih simpati suaminya namun kesemua cubaannya ternyata gagal.
Suatu hari Fanny mendapat idea. Hari itu, dia menyambut suaminya dengan cubaan paling comel dan terbaik. Namun, suaminya menganggap Fanny berperangai pelik serta tidak mengena tempat (walhal mereka di rumah kediaman milik bersama). Lebih menyendengkan, si wanita senget tiba-tiba saja memunculkan diri ditengah-tengah ruang privasi antara mereka. Dengan tidak malunya, wanita senget meminta dan memaksa si suami menceraikan Fanny. Wanita senget mahu mengahwini suami Fanny dengan tawaran wang 1juta.
Wanita senget yang kaya telah merampas suami Fanny. Si suami pula hanya mampu mendiamkan diri.
Hmmpppph!
Hmmpppph!
Selain menyebabkan Fanny terasa ingin bunuh diri dengan pisau pemotong buah dan gergaji elektrik, wanita senget itu turut telah menyebabkan Fanny terjatuh maruah dan tertitis air mata bergelen-gelen.
Meskipun pedih dan hiba kerana terpaksa menandatangani dokumen penceraian bukan atas kehendaknya. Namun tanpa ragu-ragu, Fanny menolak habuan wang 1juta yang ditawarkan wanita senget itu.
Syabas!
Syabas!

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan