Mencintai kerana Allah

"Dua orang saling mencintai kerana Allah sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana Allah. Kedua orang ini telah berjihad dalam melawan hawa nafsu mereka. Hal itu kerana hawa nafsu itu menyeru untuk saling mencintai kerana selain Allah dan kerana adanya tujuan-tujuan duniawiah. Makna 'mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana Allah' adalah keduanya bersatu dan bermuamalah kerana keduanya mencintai Allah. Jika salah seorang diantara mereka berubah dari sifat ini (mencintai Allah), maka temannya itu akan meninggalkannya menjauh darinya kerana dia telah meninggalkan sifat yang menjadi sebab awalnya mereka saling sayang menyayangi. Sehingga jadilah ada dan tidak adanya cinta dan sayang diantara keduanya berputar dan ditentukan oleh ketaatan kepada Allah dan berpegang teguh kepada sunnah RasulNya".

Ulasan

Catatan Popular