Jurnal Ibu mengandung : 33 minggu

Lupakan tentang kasut tumit tinggi dan pakaian bersaiz kecil dulu kala.. Mengandung ini memang banyak pengorbanan dan pancarobanya. Huhu. Baju memang banyak dah tak muat. 

Tapi Abang pula kata baju sebelum mengandung mungkin masih boleh dipakai lagi lepas berpantang nanti. 

Mungkin lah. Belum pasti lagi.

Jadi sekarang usia kandungan telah mencapai 33 minggu. Dan kini saya sedang berteka-teki tentang wajah mirip siapakah bayi akan ikut nanti. Wajah bapaknya kah atau ibunya kah.

Suami & saya.
Deli & Dala.
#Delila


Apapun jua. Semoga anakku sihat dan baik-baik saja. 

Namun ada sesuatu yang dikhuatirkan..

Sepertimana yang dihidapi oleh arwah ibu dan dua orang kakak, saya juga penghidap anemia seperti mereka. Hemoglobin sangat rendah dan darah sangat cair. Dan setakat ini sudah 3 kali kena suntik ubat tambah darah masuk dalam tubuh. Dan saya akui memang lemah serta kurang aktif sejak kebelakangan ini. 

Namun sejak mula masuk ke semester ketiga, selera makan beransur pulih. Selalu rasa lapar dan kadang kala berimaginasi sepertinya ingin makan ayam goreng berlemak.

Tapi saya ini tak boleh makan ayam selalu kerna alergik. Jadi kena makan ikan atau daging.  

Sukar sekali katakan tidak kepada aiskrim. Ternyata ianya terlalu nyaman dan amat sedap sekali. 

Tidak ketinggalan, pisang goreng cecah cokelat menjadi kegemaran sejak berkunjung ke Bali. 

Dan Tom Yam. Tapi Tom Yam pedas. Nanti sakit perut. 

Jadi, kena makan dengan hati-hati. Nanti tersembelit lagi.

Kini anakku sedang aktif dan bergerak rancak. Seperti sedang berenang-renang dan meluncur laju di gelongsor air terbesar di dunia.. gelongsor air Vuvuzuela, di Sunway Lagoon.

Ini amat mengujakan.

Semoga Allah memudahkan yang sulit. In sya allah.

Ulasan

Catatan Popular