Mengandung & selera makan
Mengandung ini pelik.
Perut membulat dan terkedepan. Pipi pula mengembung. Bila tengok cermin dan melihat perubahan diri kemudian berkata, "Apakah yang telah menimpa diriku?" Dan, "Apakah ini diriku?" Kemudian langsung tak mempercayainya. Kemudian kita berharap semua baju masih boleh dipakai lagi. Tapi sebenarnya tidak sama sekali. Seinci pun tidak dapat menampung kelebihan dan kelebaran anggota badan yang terlibat.
Sebagai seorang yang prihatin terhadap pelebaran dan perubahan bentuk badan. Tentunya berasa pelik dan hairan serta canggung akan perubahan yang berlaku. Tapi doktor kata.. "Be positive, that's the beauty about pregnancy".. Jadi saya cuba telankan seiring dengan masa dan hadamkan perlahan-lahan.
Abang pula kata, "Enjoy your moment sayang.."
Tapi bagaimanakah saya nak enjoy the moment bila saya tak muat semua baju-baju saya.
Meskipun prihatin terhadap pelebaran dan pembesaran bentuk badan. Namun saya bukanlah si paronoia yang taksub akan berat badan dengan mengambil kira berapa banyak amaun kalori yang harus disumbatkan dalam perut.
Sebenarnya saya suka makan juga bila mood baik atau dalam keadaan stress ataupun gubra tidak menentu. Contohnya seperti persediaan sebelum kahwin.
Perkara ini telah mendatangkan kerungsingan yang membelenggu diri.
Sebenarnya saya suka makan juga bila mood baik atau dalam keadaan stress ataupun gubra tidak menentu. Contohnya seperti persediaan sebelum kahwin.
Sebenarnya sepanjang tempoh mendebarkan itu, saya dengan tidak sengaja telah menyumbat apa saja makanan yang mampu dicapai dan dimakan. Dan ini sememangnya bukanlah perilaku mengawal pemakanan dan berat badan sejati. Ini adalah perilaku untuk menutup gubra dan cemas semata.
Namun begitu, saya berjaya maintain berat badan supaya tidak melebihi had par atau kebiasaannya atau average. Dan bila mengandung, saya harus makan dan menaikkan berat badan. Dan pada peringkat awal mengandung, bilamana saya mula makan.. pastinya saya akan muntah semula.
Makan dan muntah semula. Makan dan muntah. Makan dan muntah semula. Dan, pada akhirnya saya telah hilang selera makan dengan ghairah.
Sejak muntah dengan kerap, saya selalunya rasa nak nangis bila dipaksa makan. Abang minta saya makan supplemen tambahan. Dan saya nangis kerana takut muntah.

Bulan puasa yang lalu, saya berjaya berpuasa hampir penuh dengan ponteng puasa hanya selama 3 hari. Itupun kerana muntah teruk dan risau tiada zat dan nutrien yang tertinggal untuk bayi. Oleh kerana itu, saya gagahkan juga diri untuk makan walaupun tidak berselera dan serik kalau-kalau muntah lagi.
Berat badan di awal kehamilan tidak menaik. Malah, ketika musim hari raya aidilfitri yang lalu.. saya langsung tiada keinginan untuk makan ketupat, rendang, lemang dan lontong dengan ghairah dan menggila.

Selera makan telah hilang menjauh dan jatuh menjunam.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan