Gelora Ombak Saenah
Perjalanan menaiki kapal dari Pulau Pinang ke Madras, India (kira-kira 40 tahun yang lalu) mengambil masa 4 hari lamanya. Saenah menyertai ekspedisi kapal bersama-sama suaminya a.k.a atukku, si jejaka tampan --Janis Yakoub.
Sepanjang perjalanan, gelora ombak memukul dengan tingginya dan saling berlanggaran garang.
Saenah yang tak henti muntah-muntah, meloya dan kelesuan akibat mabuk laut tak mampu bangkit dari duduknya apatah lagi berjalan keluar walau sejengka dari kamarnya. Selain ketinggalan untuk menyertai Pertandingan Ratu Kebaya, Saenah juga tidak sempat menyaksikan persembahan orkestra anak-anak kapal!
Lebih memudaratkan, perjalanan yang memakan masa selama 4 hari itu hanya dapat dirakamkan dengan pengalaman episod muntah-muntah-meloya di sepanjang jalan.
Jelas Saenah, apa yang menghairankannya sebaik sahaja menjejakkan kaki di tanah air, mabuk laut yang menduga-duga bertubi itu hilang dengan mudahnya.
Lebih bertuah, ia tidak meninggalkan kesan yang terbawa-bawa. Setibanya di Tanah air,barulah beliau tersedar--
Lebih bertuah, ia tidak meninggalkan kesan yang terbawa-bawa. Setibanya di Tanah air,barulah beliau tersedar--
Gelora Ombak yang tadi
Rupanya-rupanya,
Rupanya-rupanya,
Gelora Ombak
yang menduga
yang menduga
hanya
untuk seketika
untuk seketika
.........


Ulasan
Catat Ulasan