Harimau Malaya
Meskipun tiada mood kerana sakit perut angin kus-kus. Namun saya sempat melahap dua biji burger untuk coverline loya-loya angin yang asyik berbisik di perut sewaktu menyaksikan perlawanan akhir malam tadi.
Sambil dibasahi hujan rintik-rintik, saya duduk di suatu sudut tepi di barisan paling hadapan bersama ribuan orang-orang yang sudi terpacak menghadap televisyen gergasi demi menyaksikan serta menantikan aksi-aksi drama penuh debaran antara Sang Garuda dan Harimau Malaya.
Orang-orang
Datang dari jauh
Demi melontar
Carut-Marut.
Maki hamun
Dengan bersungguh
Di bawah rintihan hujan sambil melihat aksi orang-orang menggila sakan, tidak ketinggalan juga gadis disudut tepi itu juga turut berteriak--
"Yah, Come on Harimau Malaya!"
Sorakan semangat yang penuh gaya tersendiri ini adalah dedikasi buat kelompok karnivor yang konon gagah dan juga dengan penuh harapan semoga mereka dapat sedaya upaya menghempas pulas mengeluarkan peluh terakhir.. dan mudahan dapat pulang ke tanah air dengan penuh bermaruah!
Pada saki baki minit terakhir, sungguh bernasib baik, ternyata (nasib) menyebelahi anak Harimau yang memberi persembahan saat akhir!
Melihatkan gol yang berjaya disumbatkan saya yang berdiri barisan belakang turut tumpang gembira menyaksikan orang-orang yang menggila sakan.
Malah turut sudi memberikan tepukan 5 atau 10 kepada orang-orang yang mahu bertepuk keriangan kerana Harimau Malaya sudah menang!
Yehaa! Wehuu!
Lokasi: Dataran Merdeka
Lokasi: Dataran Merdeka


Ulasan
Catat Ulasan