Letih Gedegak

Bila buat kerja selalunya saya jarang pandang kanan dan kiri. Pedulikan juga mereka yang lalu-lalang. Ini adalah tipikal LD, sedari azali yang tak suka elemen gangguan yang menganggu-gugat konsentrasi. Sekarang saya sedang mengerah otak untuk mengeluarkan hasil yang terbaik di saat akhir.

Seiringan dengan jiwa dan mindaku yang selalu ingin bergelak ketawa sorang diri bila nampak sesuatu atau apa saja (sebenarnya otak secara tak sengaja selalunya ingin merembes kisah lucu yang tak semena-mena).

Oleh yang demikian, sesiapa yang pernah bersama saya (hanya jika sekawanan juga girang seperti saya), selalunya mereka akan bawa pulang sebuah kisah menarik untuk disimpan dan diingati. Jadi, hipotesisnya disini kisah sedih amat tidak cocok/tidak serasi denganku meskipun ingin menipu kononnya sedang sedih.

Kelmarin, kakak ajak keluar bersiar bersama bayi comelnya. Saya cakap ok. Namun, akibat penat teramat sangat selepas pulang kerja saya tertidur dalam keadaan kurang sedar. 

****
Bersungguh dia ketuk pintu bilik supaya saya bangun--

Dengan nada bersalah saya terpaksa beritahu dia,
"Minta maaf saya tak dapat ikut kerana letih amat".

 Nah, wajahnya sedikit berubah.

"Maaf. Sungguh saya tak mampu untuk bangkit walau seinci.
Bagi saya tidur jap", saya cuba beritahu sekali lagi 

****
Sejurus kakak mendengar jawapan saya begitu, dia terus bersedih dan muncung di sepanjang jalan ke luar rumah. 

Ok, kononnya kamu kekasih saya dan harus beraksi begitu? Bukankah saya sering disisihkan dengan alasan kerana kamu kini sudah bersuami? Huhuhu. 

Adik pula peluk saya sambil beritahu, "Deena sayang dan rindu Kak Ila".
                                                                               "Ok. terima kasih". jawab saya. 

Ternyata mereka rindu benar kelibat saya.

Letih amat. Dah lama saya tak pening dan termuntah gitu.
Penat sangat sampai tak boleh nak makan banyak lagi.

Ulasan

Catatan Popular