Kepincangan

Di kala suasana agak kacau bilau, saya dikerah untuk harus segera bekejar dan memasukkan visual dengan menyempat dikala berita (jam 2000) sedang ke udara. Suasana begitu chaotic, ya dikala itu jugalah ada panggilan yang sedang berlangsung.

"Hei buat apakah?" suspek bertanya.
"Heeeiiii....!", respon saya dengan nada gemalai dan perlahan.
"Eh, mengapakah bernada begini?, pemanggil membidas.
(Sebenarnya saya sedang berfenomena mendung kelabu. Jadi, nada sedikit perlahan.) 

"Boleh telefon sekejap lagi? Sebenarnya tangan saya tak menyempat ni!"
Semahu mungkin, ingin saja saya letakkan telefon. Namun saya lihat semula nombor pemanggil yang tertera. Oh rupanya suspek ialah kakak sulong yang bertuah! Saya tak boleh letak telefon kerna takut nanti kakak terguris. Jadi saya layankan secara terpaksa meskipun tak mahu. (maksud saya, jam 2016) berita sedang keudara, jadi saya sedang berkejaran. Kalau visual tak sempat masuk.. maka terancamlah saya nanti!
___________________________

"Eh, tahukah kamu, ayah kata beliau pernah diangkat sebagai jejaka paling hensem!" 
'Oleh itu?', soal saya.
"Bolehkah anda mencari maklumat ini? tanya dia dengan nada bersungguh.
"Apakah?"--saya malas nak layan.
"Anda kan mahir mencari maklumat? Carikan foto atau keratan bukti yang konon hensem itu"
"Ok, saya cuba...nanti lah", beritahu saya.
"Ok-Bye" (Thanks kakak sulong atas kesungguhan anda itu.)
___________________________________________

Bagi sesiapa yang curiga atau mahu tahu apakah boyfriend atau girlfriend mereka sedang ingin bercurang atau punya teman baru. Saya ingin membantu jadi ejen perisikan atau ahli intip. 

Ulasan

Catatan Popular