My Best Friend Wedding
Dia beritahu gadis adalah orang pertama menerima kad undangannya itu. "Masih panas, baru keluar dari oven", usiknya. Tatkala melihat dia di atas persada pelaminan hari itu, entah kenapa hati menjadi sayu. Baru ini, dia menitip khabar gembira buat semua bahawa dia bakal menjadi papa dan menimang cahaya mata pertama.
Muzik latar: Sambil mendengar bunyi saksafon yang dimainkan oleh adikku, hati jadi sayu kerna teringatkan dia kawan baikku adalah sahabat setia, paling setia dan pendengar setia.
---
Al-kisah Si Sukun Lentik,
Mendengarkan suaranya yang begitu teruja di talian, sememangnya saya membayangkan dia sedang bermuka merah padam. Dan apabila berpeluang bersemuka serta menatap mimik muka si sukun lentik dekat-dekat, saya dapat merasai kehangatan fenomena bunga-bungaan sedang bergelumang dari pembuluh darahnya sehingga menampakkan mekar putik itu menyimbah keluar ke raut wajahnya dengan jelas tanpa kompromi.
Oleh itu, dengan tergamaknya, saya sampai hati meluahkan rasa betapa benci dan meluatnya melihat panorama kemaruknya itu lalu bermohon supaya jangan di tunggu lama-lama.
Sebenarnya benci dan meluat tanda gembira. Semoga dipermudahkan jodohnya.

Kendatipun, hati rasa nak tertanggal kerna gembira melihat orang-orang ini kesudahannya happy ending/ever after.
The end.
The end.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan