Poket Bolos
Lelaki ditimpa durian runtuh, dia berpoket penuh dan sering berbelanja mewah. Dengan senang hati, Lelaki mempelawa Gadis untuk sudi menerima hadiah materi sebagai tanda cinta. Lelaki juga menyatakan hasrat untuk berkongsi kemewahannya bersama Gadis. Dia mahu Gadis merasai rasa kebahagiaan dan kenikmatan berbelanja sakan.
Lantas, Lelaki bertanya,
"Gadis, apakah yang kamu mahu?
"Maksud kamu?" Tanya gadis.
"Saya percaya, gadis-gadis pasti mahukan baju, beg tangan, barang perhiasan dan kasut tumit tinggi. Saya mahu membahagiakan kamu jadi saya mahu berikan kamu yang itu-itu", beritahu Lelaki.
Sejak akhir itu, Gadis sering juga ikut sama menemani Lelaki berjoli sakan. Namun, Lelaki menjadi hairan bilamana setiap kali berkunjung ke gedung atau butik-butik terkemuka Gadis tidak pula meminta apapun.
Lelaki bertanya lagi, "Hei, Gadis, mengapa kamu tidak meminta-minta?".
Gadis terdiam sejenak dan tidak lama kemudian dia menjawab, "Ntahlah. Saya juga tak tahu".
"Apa benar kamu ini asal usulnya seorang gadis?", Tanya dia berkali-kali.
"Saya rasa, saya tak tahu", jawab Gadis.
"Hari ini, poket saya penuh. Nanti esok-esok mungkin poket saya tidak seperti hari ini”, beritahu Lelaki.
"Gadis.. jika kamu mahu. Ya, apapun yang kamu mahu, ambil lah apa sahaja. Saya akan sudi berikan sebagai tanda cinta", pelawanya lagi.
Minggu sudah, di hadapan lebih 600 orang khalayak, Gadis dimalukan oleh Ketua Kumpulan dengan hamburan cogan kata yang sebenarnya Gadis tahu, ia ditujukan kepada Gadis seorang. Cogan kata tersebut dicantas bagi menjaga hati. Namun Gadis masih ingat dan terngiang-ngiang cogan kata itu berbunyi, "Malang sungguh Gadis itu. Kalaulah dia tahu bahawa sebenarnya dia dibayar untuk dimiliki".
Sebaik saja Ketua Kumpulan menyembur cogan kata itu tanpa prasangka, dengan sepantas kilat hampir kesemua yang ada disitu melirik kearah Gadis sambil berbisik-bisik sesama mereka kerana mereka tahu gadislah perempuan yang dimaksudkan oleh Ketua Kumpulan.
Sahabat baik Gadis yang duduk rapat disebelahnya berubah wajah serta merta. Dia tidak henti-henti rasa meremang seluruh badan akibat dari tohmahan Ketua Kumpulan yang membingitkan itu. Tohmahan yang dia fikir melukakan hati sahabat baiknya. Gadis beritahu sahabat baik yang berada disisinya, seperti mahu saja dia berlinangan air mata tetapi cuba bertenang. Gadis mahu berlari ke luar dari dewan.
Gadis bertambah malu bila dia merasakan saat itu, dia diperhatikan dan menjadi bahan bualan ramai. Gadis terasa seperti maruah dirinya seakan dicincang lumat. Ini adalah satu penghinaan. Tiada yang lain, selain menahan diri supaya tidak mati lemah di depan khalayak ramai.
Bila kemewahan dan kebendaan mengatasi segalanya, maka menanglah ia. Namun Gadis percaya, meskipun poket penuh sarat berisi Durian.. Sesungguhnya bila disimpan lama, ia akan berbau busuk jua. Bau busuk yang mengancam keamanan hidung. Cogan kata Ketua Kumpulan itu bakal memakan dirinya sendiri. Kebenaran pasti kan tiba nanti. Sabar adalah satu kemenangan paling terhebat.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan