Selamat Jalan Dala

Jun, 2011                                                                                                            (Cuti Semester)    

Selain memikul tugas sambilan sebagai penulis isi kandungan, memberi idea dan konsep, serta memilih gambar untuk dimasukkan ke dalam Buki Kopi atau Coffee Table Book sempena 20 tahun penubuhan Yayasan, (Yayasan dimana tempat saya bekerja separuh masa), saya juga memegang peranan sebagai tukang pandu kereta atau pemandu kepada puan pengarah dan menemani beliau ke mesyuarat-mesyuarat khas 'Hati Nurani'. 

Jika dulu, saya sering sesat. Pengalaman jadi tukang supir menjadikan saya lebih mendalami selok-belok jalan-jalan di Kuala Lumpur. 

Tinggal sebulan lagi untuk saya tamatkan edisi sukarelawan dan separuh masa di situ. Namun atas alasan kurang antibodi dan letih jiwa, saya mengambil keputusan untuk menganjak pergi tinggalkan Yayasan sebulan terlebih awal. Bukan kerana tidak sudi menjadi seorang yang dedikasi tetapi kerana jiwa sedang men'domba' atau kurang pasti atau tidak enak. Yang jelas, saya perlu masa berehat sekejap setelah sekian lama melalui tugas-tugas penuh cabaran.

Melihatkan saya yang begitu sulit. Jadi, puan pengarah bertanyakan apakah saya mahu teruskan bekerja untuk bulan seterusnya? Tanpa berselindung, saya terus menjawab, "Maaf Puan. Saya tidak dapat teruskan lagi". Beliau menerima jawapan saya dengan tenang. Mungkin beliau sudah dapat mengagak dan memahami melalui ukiran kemelut dan sinaran yang terpancar di mata dan urat muka saya. Sebelum pergi, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersamanya sejak dua menjak terkebelakang mengemudi Yayasan. Beliau minta supaya saya teruskan bersikap sebegini rupa dan sempat mengagumi ketenangan saya. "Namun kadang-kala Dala, kita harus juga berteriak dan lepaskan apa yang tersimpan didada. Jangan disimpankan ia", pesannya.

"Tingkah laku membezakan kamu antara yang lain. Saya doakan kamu berjaya", beritahunya.

Sebelum pergi, saya memeluk erat puan pengarah dan sempat mengimbas kenangan dua bulan terkebelakang di Yayasan. 

"Bila saja kamu lapang, singgahlah kesini. Pintu sentiasa terbuka", beritahunya.

Melihat mereka yang melambai dan mengucapkan Selamat Tinggal Dala membuatkan hati menjadi sayu. Saya menarik nafas panjang dan terus berjalan pergi.

Ulasan

Catatan Popular