Tragedi & Darurat
Mengikut adab orang Melayu, ianya tidak sopan atau kurang adab untuk menerjah masuk rumah orang tanpa menanggalkan kasut atau selipar.
Bagi si gadis yang baru putus cinta, baginya agak kurang sopan juga bagi seseorang yang cuba-cuba menerobos masuk hatinya...jua. (hmmm)
Selepas perang dan British berundur di Tanah Melayu, 'Ordinan Darurat' terpaksa disytiharkan suatu masa dulu. Sepanjang tempoh itu, umum diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman Komunis Bintang Tiga. Ramai yang mati kebuluran. Meskipun perang di Malaya sudah tamat, umum masih takut-takut untuk melangkah ke luar rumah. Takut ditembak mati atau dibiarkan bergelimpangan seperti tikus mati penyek lunyai berkecai kerana dipijak-pijak.
Dengan sesuka hati, si gadis mengguna-pakai istilah darurat buat dirinya sendiri yang baru putus cinta beberapa bulan yang lalu! Sepanjang tempoh itu, dia telah memasang niat untuk mematikan suis dihatinya dan hanya menerima cahaya terang dari ilahi.
Apakah gaya tindakan beliau ini seolah satu simbolik tanda penghormatan kepada bekas kekasihnya? Gerak-gerinya seakan mahu berkabung atas kehilangan seseorang yang terpenting dalam hidup..? Nah, gampang dan murahan sungguh!.. Sesungguhnya bekas kekasih bukanlah orang yang sesuai untuk diberi penghormatan atau wajib dikabungi sebagai tanda hormat apatahlagi disanjungi sebagai tanda kagum.
Usah khuatir, ternyata, dia bukan!
Usah khuatir, ternyata, dia bukan!
Ini bukan komplot solo tapi merupakan satu titik tolak buat si gadis. Doa yang tidak putus-putus sentiasa melindungi hari-hari gadis yang resah gelisah. Ini cuma darurat yang sengaja di ada-adakan oleh Dala yang gedik teristimewa buat dirinya sendiri.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan