Im so sorry Doyan
Dada sempit dan lelah menjadi semakin rumit terutamanya bila saya membalun Ais Krim atau apa-apa saja minuman sejuk. Ya, ais krim atau minuman berais boleh dikategorikan sebagai musuh tradisi kerana ia menjadi punca kepada serangan lelah yang menimpa diri.
Namun setelah membalun berduyun-duyun ulas Durian sejak semalam, kini Durian boleh dianggap/dituduh sebagai musuh jua. Ini kerana ia telah dikenalpasti menjadi punca lelah datang menyerang secara tiba-tiba tanpa diundang.
Sukar untuk menggelarkan Durian sebagai musuh memandangkan Durian mempunyai karakter istimewa dan keunikkannya yang tersendiri. Ciri luarannya nampak keras, kental dan solid. Justeru itu memerlukan kudrat, hempas pulas, titisan peluh serta keringat maksimum si tukang kopek untuk membuka/mengopek Durian bagi meraih isinya. Jika bernasib baik, isi Durian Malaya bewarna kuning keemasan, lembut lagi manis ternyata amat menggiurkan sanubari. Keras di luar, namun lembut dan manis didalam.
Meskipun manis tetapi ganas.
Misalannya jika Durian runtuh(gugur) secara tidak sengaja jatuh tepat mengena atas kepala atau ibu jari kaki, sesungguhnya kepala dan ibu jari kaki akan menanggung cedera parah kritikal yang amat berat.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan