Si Kecil Dala ; Mana ibu ?

Kerana bersungguh ingin ke sekolah, jadi ibu hantar si kecil Dala ke sekolah tadika ketika dia berusia 4 tahun.

Suatu hari, si kecil Dala pulang ke rumah berjalan kaki, seorang diri. Entah kenapa.. tiada siapa tahu tabiatnya hari itu.

Bila saja tiba dirumah, si kecil Dala beritahu ibunya..

"Mak, adik balik jalan kaki hari ini...", si kecil Dala cuba membangga diri.
"Dengan siapa?" Ibu bertanya. Sungguh Ibu terkejut.
"Tiada siapa. Seorang diri saja..", si kecil Dala jawab slumber-slumber.
"Kenapa tak naik Van Pakcik?", Tanya ibu. Ibu hairan.
"Hurmmm... Adik rasa macam nak jalan kaki lah hari ini", jawab si kecil Dala.
"Adik buat mak heart attack lah!" Ibu marah si kecil Dala.
Si kecil Dala yakinkan ibunya. Dia baik-baik saja.
"Tolong jangan buat macam ni lagi! ", Pesan ibunya.

Si kecil Dala sebenarnya tak tahu apa bendanya menatang 'heart attack' tu. 

***
Hari siang--Ayah bekerja. Kakak dua orang ke sekolah. Jadi tinggal ibu dan si kecil Dala saja di rumah.

Sementara ibu buat kerja rumah, si kecil Dala menonton kartun kegemaran atau berkhayal bersama barang mainannya.

(Kadang-kala si kecil Dala intai ibunya di belakang dapur).

Si kecil Dala amati ibunya dari jauh. Dia lihat ibu basuh baju, kemudian ibu tuangkan pelembut pakaian dalam mesin basuh. Bau pelembut pakaian sungguh harum hingga menembusi deria hidung si kecil Dala --Buat dia terpesona.

Selepas memerhatikan tingkah laku dan gerak gaya ibunya. Dia mahu tuang pelembut pakaian dalam mesin basuh sepertimana ibunya. (Berani-beraninya dia ambil peluang keemasan ini sewaktu ibu bersinggah ke kamar kecil /toilet! )

"Ya.. demi baju-baju jadi lebih harum!", kata si kecil Dala seorang diri sambil membuka penutup botol pelembut pakaian. Tanpa berlengah, dia cepat-cepat tuang pelembut pakaian dalam mesin basuh. Ya, dia tuang hingga habis kesemua isi botol!

Bersungguh si kecil Dala berdiri atas kerusi.

**
Ibu jerang air kemudian simpan air masak dalam balang tertutup. Si kecil Dala lihat botol kicap terpampang depan matanya. Sedang ibu kusyuk memasak, si kecil Dala cepat-cepat tuangkan kicap tersebut dalam balang air masak yang ibu jerang tadi.

"Nah, ini sebagai penambah perisa," katanya sendirian. Akibat dari perbuatan itu, air masak yang berwarna jernih berubah jadi kelam dan suram.

....................

On one sweet day/Pada suatu hari yang manis, si kecil Dala pulang ke rumah dari sekolah tadikanya (menaiki Van Pakcik)...

"Assalammualaikum..." 
(perlahan dia beri salam sambil mengetuk pintu rumahnya).

"Mak.. adik dah balik ni", dia memanggil-manggil ibunya.

(Ibu tak jawab pula).

Dia memanggil ibunya sekali lagi minta supaya ibu bukakan pintu.

"Mak, buka pintu.. adik dah balik"

Oleh kerana ibu tidak menyahut,
dia cuba memusing-musing tombol pintu
..tak tersangka pintu terbuka dengan sendirinya.
Namun, pintu grill masih terkunci.

Jadi, si kecil Dala masih tak dapat menerobos masuk ke dalam rumahnya.

"Mak...... " si kecil Dala memanggil ibunya. 

Namun dia tidak dipedulikan. Ibu tidak menyahut panggilannya.
Dia merenung ke belakang dapur. Dia lihat dapur sunyi sepi.

Dia duduk sendirian di luar rumah.
Berkali-kali dia memanggil ibunya.
Namun, masih tiada jawapan.

"Mungkin Ayah sudah lupa tentang saya", kata si kecil Dala sendiri. Ayahnya belum pulang kerja.

Dia duduk seorang diri menunggu ibunya penuh sabar.

Si kecil Dala menanti ibu bukakan pintu untuknya.

...Sehinggalah dia terlena di situ..

..................


(Sebenarnya si kecil Dala tidak tahu .. ibunya sudah tiada lagi).

Ulasan

Catatan Popular