Ini Bukan Mimpiku
Sahabat handai mengejutkan saya (ketika jam hampir masuk pukul 3 pagi tadi). Saya fikir ini hanya mimpi.
"Saya tahu awak sedang tidur. Saya tahu ini bukan waktu yang sesuai. Tapi bolehkah awak tolong bangun sebentar.. untuk saya?" Tanya sahabat handai.
"Okay, baiklah. Saya bangun ni... ", Saya gagahkan diri.
"Saya tak kisah awak nak dengar atau tak.. tapi saya tetap mahu beritahu sesuatu", Sahabat handai bernada sungguh-sungguh.
"Okay.. Saya dengar ni" (Saya sedikit amai-amai).
"Dia... ",
"Yes...dia kenapa?" (Saya sedang amai-amai).
"Dia melamar saya!!!", Sahabat handai menjerit kuat.
"Ini betul-betul real kah....??!!" Meskipun mengantuk, saya sempat menjerit. Konon tidak percaya.
"Ini serius.. baru tadi..dan saya mahu beritahu awak kerana saya sayang awak. Saya mahu awak jadi orang pertama tahu tentang ini" beritahu sahabat handai. Mendengar kata-katanya begitu, saya jadi terharu. Terus berlinangan air hujan.
"Ini bukan mimpi sahabatku.. ", beritahu sahabat handai. Dia tahu saya sedang amai-amai. Dia mengingatkan saya sememangnya ini bukan mimpi. Ini benar-benar kejadian. Kejadian gembira yang menimpa dirinya.
"Sayang, saya dah nangis ni dan kini saya speechless benar", Air hujan terus berderu-deru membasahi pipi. Saya gamam kerana dia akan tinggalkan saya kelak.
"Saya tumpang bahagia. I love you so much. Saya dengar suara kamu penuh bahagia. Syukur, Alhamdulillah. Allah sudah makbulkan doa kamu", beritahu saya kepada sahabat handai.
I love you, sayangku.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan