Bingkisan
Ayah tunjuk surat cinta yang pernah diberi arwah emak kepadanya (contoh tulisan arwah emak tidak disertakan disini). Saya amati rapat-rapat dan membuat konklusi bahawa tulisan emak amat kemas, tersusun dan rapi. Ayah tanya apakah tulisan saya miripnya? (Hurmmm..) sebenarnya tulisan saya boleh berubah mengikut mood semasa.
![]() |
| Orang kata tulisan menggambarkan personaliti seseorang |
Tulisan sewaktu menahan kelaparan ini sempat saya rakam ketika menghadiri makan malam bersama 50 successful retailers in Malaysia di Hotel Sunway Resort. Tulisan ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada bingkisan terakhir saya sewaktu di Bernama TV.
Namun, buku catitan terakhir ini tertinggal di rumah En.Sabarimuthu sewaktu pengambaraan pra-Natal tahun lepas. Beliau ada telefon bertanyakan apakah saya mahu buku ini kembali ke pangkuan? Saya jawab, "tak apalah uncle simpankan. Berikan kepada cucu".


.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan