Nuzul Quran
1
Nenek selak langsir di celah pintu tengok siapa datang ke rumahnya. Dia tengok saya dengan pandangan lain macam. Terkejut, macam nampak hantu. Sebaik melangkah masuk ke rumah, nenek beritahu, "Nenek ingat arwah mak berdiri depan pintu tadi".2
Ayah perkenalkan saya kepada seorang wanita sebaya emak. Dia kawan baik arwah emak dikala zaman muda remaja. Wanita itu tenung wajah saya dalam-dalam. Tanpa berkata apapun, dia terus peluk saya kuat-kuat. "Dia ni.. betul-betul mirip emaknya. Segalanya memang serupa, dari cara makan, cara berjalan.. semuanya mirip arwah", ayah beritahu wanita itu.
Wanita itu mengangguk, merenung saya kembali sambil tisu mengusap air mata dan hingus. Dia menangis berderu-deru. Di situ, saya bertahan dan cuba beri senyuman sebaik mungkin.
Wanita itu mengangguk, merenung saya kembali sambil tisu mengusap air mata dan hingus. Dia menangis berderu-deru. Di situ, saya bertahan dan cuba beri senyuman sebaik mungkin.
**
Diari emak saya simpan. Saya baca bila rasa rindu. Arwah emak suka berkisar dan mengarang semacam saya. Diari itu tulisan akhir arwah emak. Notanya pendek-pendek. Saya suka bila arwah emak berkisar tentang apabila saya berjauhan dengannya (tinggal di rumah nenek atau di bawa lari nenek saudara), saya jarang sekali rasa ingin pulang ke rumah. Saya cuma telefon arwah emak dan minta tolongnya bawa baju lebih kerana saya mahu tinggal (di rumah nenek) lebih lama. Kata nenek, barangkali saya sudah tahu bahawa ketika itu emak bakal pergi selamanya.
Nuzul Al-Quran jatuh pada bulan Ramadhan.
Genap 22 tahun hijrah, Ibu kembali ke rahmatullah.
Genap 22 tahun hijrah, Ibu kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah buat arwah ibuku yang indah dan dirindui selalu.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan