Ana & Cahaya

Ana Cahaya... menghadiri majlis makan malam meraikan para intelektual tanah air bersama perdana menteri. Sebaik majlis selesai, dia turun bawah ke ruang jamuan makan malam. Ana turun tangga bersama alunan seluar palazo chiffon kegemarannya yang gemalai dan lembut warnanya, dan secara tak sengaja dia terlayan suasana Dewan Philharmonik Petronas yang di hiasi nan indah dan penuh romantika. 

Ana sempat turun tangga sambil menggelamun bagaikan puteri yang kononnya dia bakal disambut oleh seseorang yang dinantikannya dihujung tangga. Namunbegitu, Ana yakin dan pasti gelamun itu kiranya hanya seketika percuma.

Tentu sekali dia pasti, tiada yang menunggu di hujung tangga itu, kerana ia hanya angan malam kosong dan bersahaja. Maka Ana terus berjalan seorang diri ke meja makan panjang nan indah dihiasi cahaya lilin-lilin dalam balang comel. Ana menjamah makanan dan manisan penuh berselera sendirian sambil senyum-senyum-sengih kepada semua. Suasana romantika ini membangkitkan emosi dan mood penuh bercahaya dalam hati dan menerangi tempurung kepalanya.


Namun, sebelum menjelang lewat malam dan di temani hantu-hantu dia harus pulang segera ke markas, mengetuk story untuk esok pula. 

Ulasan

Catatan Popular