Kecemasan

Saya telefon bapa dan mengklasifikasikan panggilan telefon saya ini sebagai PANGGILAN KECEMASAN. Panggilan harus diterima oleh bapa dengan kadar seberapa segera tetapi beliau tidak menjawab panggilan saya pula. 

Langkah seterusnya adalah saya harus menelefon next-to-kin yang paling terdekat dan menyampaikan pesanan kecemasan kritikal ini. 


"INI PANGGILAN KECEMASAN. 
TOLONG PANGGILKAN BAPA SAYA SEGERA". 

Sebaik arahan diterima, panggilan terus ditujukan kepada bapa. Kemudian, saya beritahu bapa kondisi semasa. "AYAH.. Mengapa enjin kereta ini tak mahu hidup lagi? Saya tak tahu mengapa dia begini. Apa ajalnya sudah tiba? Saya dah minta tolong bapa Nadi cuba hidupkan enjin semula namun beliau tak berupaya membantu juga", beritahu saya kepada bapa. 

"Saya juga dah minta mekanik datang periksa nyawanya. Kata mekanik, bateri di paras "so bad", beritahu saya kepada bapa dengan nada bersungguh. "Ya, memang sudah lama dia begitu. Tunggu masa saja", jawab bapa dengan nada bersahaja. "Jadi, haruskah masa terakhirnya adalah bersama saya?", Tanya saya. Hairan. "Ya, begitulah nasib. Mohon tukar segera nyawanya guna duit poket kamu", beritahu ayah. "Baiklah, arahan diterima", jawab saya dengan lapang dada. 

"OH, INI KAH KECEMASAN YANG DIUAR-UARKAN TU. AYAH INGAT KECEMASAN KAMU nak KAHWIN!! KALAU KAMU nak BERKAHWIN BARULAH BOLEH DITERIMA SEBAGAI SATU KECEMASAN yang sebenar-benarnya!!!", kata bapa mengakhiri perbualan.


(Sebenarnya ini adalah adegan beberapa bulan lalu selepas pulang dari percutian stress-free di Brinchang, Cameron Highland. Nadi sempat merakam detik saya sedang berbual kecemasan bersama bapa. Saya nampak tenang-tenang saja bukan. Hakikatnya saya telah melambai selamat tinggal kepadanya. Namun beliau terpaksa datang semula menemani saya kembali dengan muka menahan).

Ulasan

Catatan Popular