Pelangi senja II

Hari mendung. Baru lepas hujan. Di satu sudut, ada seorang pemuda sekejap duduk, sekejap bangun. Pemuda itu seperti mahu kemana tetapi tak ke mana pun. Tingkah lakunya yang agak menjengkilkan itu menyebabkan Ana, dengan tidak semena-mena terpandang ke arahnya. Pemuda itu nampak seperti tak tentu arah. Fikirannya melayang entah kemana-mana. Matanya merah seperti hantu. Rambutnya kusut.

"Baru lepas hujan. Jalan basah. Tapi tak apalah. Redah sajalah", kata pemuda bermata merah itu. 

Ana tidak bertanya. Tetapi pemuda itu tiba-tiba menjawab pula.

"Mahu kemana kah?" Baru Ana bertanya kepadanya.

"Saya ikutkan saja kemana pun dan sesiapapun yang sudi mempelawa", beritahunya.

Pemuda itu sebetulnya hilang arah. Minggu sudah, baru pertama kali Ana temuinya. Ana tegur, kemelut air mukanya tak ubah seperti sampah. 

"Kalaupun kamu mahu coverline kemelut wajahmu itu. Kamu pasti gagal. Ternyata selirat urat semak dan sampah sarap terkumpul di benak wajahmu itu memang nampak jelas dan nyata."

"Saya baru lepas putus pertunangan yang tak di ingini", beritahunya. "Oh, patutlah", respon Ana.

**

"Saya nak pergi konsert Awie & Ella. Nak ikut?" Pelawa Ana. Bersahaja

"Nak!", sahutnya. Terus teruja.

Ana sengaja ajak pemuda kecamuk raga ini pergi bersamanya. Pemuda ini nampak seperti manusia yang sempoi-sempoi, tiada perasaan dan berhati kosong saje.

"Eloklah tiada perasaan. Saya sangat suka orang yang tiada perasaan. Saya harap awak tak jatuh cinta dengan saya", beritahu Ana kepada pemuda kecamuk jiwa ini.


Ana tiada niat lain selain mengharapkan agar rezeki hiburan percuma ini dapat menyembuhkan lara  dan dimanfaatkan oleh pemuda hilang arah itu untuk seketika.

Ulasan

Catatan Popular