Ancaman resah gelisah

Ada sesuatu yang mengganggu mata. Mata terganggu. Mata diganggu. Objek di hadapan tak nampak. Rasa macam samar-samar. Tak nampak. Kurang jelas. Lingkaran hitam bawah mata kian nampak. Semakin hitam dan gelap bawah mataku. Mata sembab kini bermaharajalela. Kerut. Terpaksa berkerut kerana pandangan kabur dan kurang enak.  

Dalam erti kata lain, Blur. Saya sedang blur dan mengalami renjatan otak. Sudah lama tidak kerahkan otak kerjakan sesuatu di luar batasan dan kemampuan. Ini merumitkan. Luar dari kotak kebiasaan.

Ini ancaman gubra dan gelabah. Minta pedoman sekali lagi supaya saya ditempatkan di mana saya harus berada.

Ulasan

Catatan Popular