Baju lubang, Bebeh & Rezeki
Ermanas kata saya perlu berhenti pakai baju lubang-lubang seperti Ramlee (watak salah satu babak filem Seniman Bujang Lapok). Lubang dan koyak bajunya mirip 'doh' roti canai mentah yang ditebar-tebarkan oleh penebar roti canai tidak cekap dan tidak mahir langsung! Ermanas kata,"Kenapa dik, pakai baju lubang-lubang ni. Kau seperti mahu menolak rezeki ni.." Ermanas minta saya buang barang-barang yang sudah tidak berguna ini lagi. Tapi saya sayang sekali kerana setiap satunya.. tanpa mengira faktor 'sudah lanjut usia', rabak atau musnah, rata-rata.. semuanya terlalu dekat di hati.
Seperti Bebeh.. mengikut usia tubuhnya.. sebetulnya dia sudah banyak terluka, rabak dan berkecamuk hati. Saya selalu saja khuatir kerana dia kini diambang keuzuran. Kondisi dalam dan luaran amat kritikal. Saya tidak sampai hati melihat keadaannya. Meskipun sudah cabok-burok, saya masih mahu bersamanya lagi. Ya, selagi hayat dikandung badan. Masa senget, masa lumpuh, masa menangis.. dia ada disisiku.
Bebeh jangan begitu. Jangan cepat mengalah. Kamulah yang paling banyak bersabar dengan kerenah saya. Selalu beri semangat dan tuah.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan