Uqail & Eilman
Sebaik Uqail dan Eilman lahir, saya beritahu diri sendiri supaya bekerja keras untuk dapatkan mainan 'kelakian' yang supercool buat mereka berdua. Namun, sehingga hari ini saya masih tidak berkemampuan untuk mendapatkan mainan 'kelakian' yang supercool.
Saya hanya mampu bawa mereka ke (laman lapang) belakang rumah sambil perhatikan ayam serama, ayam katik, ayam belanda, itik dan lain-lain. Ini bagi melatih mereka agar tidak terlalu taksub menjadi generasi bayi teknologi, sekaligus membendung mereka dari kehairanan bila melihat ayam, ayam belanda, itik dan binatang peliharaan lain yang benar, super real dan sememangnya bukan khayalan, maya atau ilusi.
![]() |
| Eilman |
Sekawanan haiwan bersayap ini saya gelarkan "bird". Sekali-sekali saya menyeru ayam-ayam ini... dan mereka tidak sombong untuk saling berbalas kokokkan. Uqail dan Eilman memandang saya kehairanan. Mereka mahu ikut serta menyeru (seperti ayam berkokok) dan cuba menyebut "bird". Namun langsung tidak mirip "bird" apatah lagi mahu menyeru (ayam berkokok). Nada mereka terbatas setakat "da-da-da-da" sahaja.
Uqail sebut "Apple"..tatkala kad abjad 'A' bergambar Apple ditunjukkan kepadanya. Oleh demikian, saya gelarkan dia--- 'Uqail, si Budak Epal'. Eilman bayi bersopan dan tidak terlalu cerewet. Dia suka senyum-senyum, sengih-sengih sambil kenyitkan mata.
*8 hingga 9 bulan sudah berlalu. Saya masih belum berkemampuan mendapatkan mainan kelakian yang supercool buat bayi-bayi ini#.



.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan