Perumpamaan; ganti baju & Gadis bernama Yah

Okay. Apa kena mengena Gadis Player dangan ganti baju? Contoh ayat; "Eh, si Rogayah tu tukar teman lelaki macam tukar baju dan seluar je! Selalu bersilih ganti!" 

Kajian Kes*
Rogayah atau nama singkatannya 'Yah' mempunyai koleksi deretan/himpunan bekas-bekas teman lelaki. Meskipun berkali-kali putus cinta, dia tidak mudah berputus asa. Dia mudah (pula) mencari peganti (teman lelaki) yang baru. Perumpamaan seperti ini sering dikaitkan atau di stereotype kan bagi melambangkan Gadis seperti Rogayah.

Hipotesis*
Mudah dan senangnya mencari peganti (teman lelaki baru) ibarat mudahnya menyalin/menyarung baju/pakaian. Barangkali Rogayah kerap berganti baju/pakaian atas sebab dia belum menemui baju/pakaian yang paling benar-benar sesuai, cocok dan serasi dengan dirinya. 

Dependent Variable+
Suspek--Rogayah atau nama singkatannya Yah memang tidak pandai bergaya dan tidak pandai memilih baju sesuai dengan kehendaknya. 

Independent Variable-
Barangkali dia tidak tahu cara berpakaian mengikut keperibadian diri. Dia tidak tahu, tidak pernah terdedah atau tidak terpedaya langsung untuk mengikuti trend berpakaian mengikut personaliti dan wataknya.. apatahlagi bercitarasa atau terlintas di fikiran untuk mengenakan pakaian yang sesuai ataupun cocok dengan dirinya. 

Kesimpulan#
Sememangnya pemilihan pakaian dan jejaka/pasangan pilihan 'Yah' saling berkaitan. Selama ini, Rogayah memilih pasangan/teman lelaki ikut suka hatinya. Justeru itu, pilihan pakaiannya juga main bedal saja. 

Rumusan#
Sebenarnya, selama ni dia tidak sedar bahawa cara pemakaiannya sungguh tidak kena/tidak cocok/amat tidak sesuai dengan dirinya. Citarasa pakaiannya (yang kurang diendahkan atau tidak dipedulikan olehnya) sebenarnya amat berkait rapat dengan pemilihan teman/pasangan. 

Sehinggalah dia benar-benar telah menemui teman/pakaian yang benar-benar cocok, sesuai, selesa, kena dan amat serasi dengan watak dan personalitinya. Beruntunglah pakaian itu kerana dia tetap akan terus setia memakainya, malah senang sekali ada bersamanya.

**Rogayah akan memakai baju itu sehingga koyak rabak, lusoh dan berlubang.

Ulasan

Catatan Popular