Helo Helo Sayang
Gadis jarang diberi tugasan mengambil kisah (berat) seperti kes-kes jenayah atau kebakaran. Namun hari itu, dengan tidak semena-mena gadis diarah untuk mengambil kisah soal kebakaran di sebuah kawasan pembinaan/tanah lapang di Kerinchi.
Kesulitan teknikal mengakibatkan gadis dan tukang gambar tiba lewat di lokasi kejadian. Setibanya di sana, seperti yang dijangka--ahli-ahli bomba sedang bersantai sambil makan nasi tapau dan meratah lauk-pauk di bekas polisterina..
"Abang, apakah api sudah selesai dipadamkan?" Gadis bertanya.
"Sudah selesai dik..", jawab salah seorang ahli bomba.
"Hmm.. jadi manakah Ketua Bomba? Saya ingin menjolok beliau", gadis musykil.
(menjolok bermaksud; merakam)
"Awak lambat! Beliau dah balik dan kini sedang menuju ke markas Bomba. Macam mana boleh lambat? Mereka yang lain sudah beramai-ramai ambil statement Ketua Bomba baru kejap tadi" beritahu ahli bomba dengan nada bersungguh.
"Jadi bagaimana? Boleh tolong saya?" Soal gadis.
"Awak telefon Balai Bomba",
"Boleh bantu saya dapatkan Ketua Bomba?" Tanya gadis.
"Nah, ini nombor Ketua Bomba. Tetapi tinggalkan nombor telefon awak juga nanti senang jika ada kebakaran. Taklah awak terlambat lagi. Saya akan terus telefon awak", pelawa salah seorang antara mereka.
Perjalanan pulang ke pejabat, gadis sempat menelefon Ketua Bomba namun suaranya agak kurang jelas. Jadi gadis hanya mampu meninggalkan satu pesanan ringkas kepadanya tetapi tidak berbalas. Pulang ke pejabat gadis masih kurang maklumat. Justeru, tiada pilihan lain lagi selain dengan gigihnya gadis terpaksa menelefon Balai Bomba kerana tak mahu dicalit sebagai pemalas.
Helo-Helo Balai Bomba,
"Ya cik"
Saya perlukan maklumat terperinci tentang kebakaran di Kerinchi baru tadi.
"Baik cik"
Kira-kira bila kebakaran berlaku?
"Ya cik. Kami mendapat panggilan telefon pada jam 12.15 pagi dan pada jam 1 tadi api telah berjaya dipadamkan oleh ahli-ahli Bomba dari markas Bomba terdekat".
Apakah sebenarnya kebakaran itu?
"Lapan rumah teres yang dibiarkan kesemuanya hangus terbakar dijilat api, cik".
Lapan rumah teres?
"Ya, rumah teres yang yang tidak berpenghuni cik. Keluasan kira-kira separuh padang bola sepak cik".
Berapa orang mangsa?
Tiada mangsa.
Ya, Benar?
Ya, Benar?
"Ya benar Cik. Tapi boleh saya bertanya..?"
Iya?
"Apa awak sudah berpunya?"
"Apa awak sudah berpunya?"
Apa benar tiada mangsa yang terkorban?
"Benar cik. Dilaporkan rumah yang terbakar adalah rumah kongsi yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni"
Oh!
"Oh Cik, boleh saya tanya..? Apakah awak sudah berkahwin?"
Hmmm. Apakah punca kebakaran?
"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan".
Oh, terima kasih ya.
"Cik, apa awak boleh awak jawab soalan saya?"
Hahahhahahahhaa.
"Kenapa gelak?"
Difahamkan, kejadian kebakaran berlaku pada 12.15 pagi.. kemudian api berjaya dipadamkan pada jam 1petang. Kebakaran melibatkan 8 buah rumah teres yang dibiarkan terbengkalai tidak berpenghuni. Punca kejadian masih dalam siasatan... Betulkah begini?
"Betul cik".
Baik, terima kasih. Selamat Tinggal ya.
"Sama-sama cik. Lain kali telefonlah lagi!"
***
"Helo Helo Sayang
Mengapa adik-ku
Suara mu sayu
Sa-bagai orang menang-gong rindu
Tetapkan hatimu
Tetapkan hatimu
Aku pun begitu rindu
Walau mata tak bertemu mata"
****


Ulasan
Catat Ulasan