Sembang Kopi
"I been away. I just got back last night, what happen?"
Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis filem sebelum ditayangkan. Peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri. What say you Mr.Hans Isaac?
"That's the final decision from government?
If I salah, I'm getting this from you"(laughing)
Hihihi
Hihihi
"For me, ini satu langkah yang menunjukkan kematangan kerana risikonya ditanggung oleh penerbit. Saya percaya, masyarakat kita dah matang dan mereka sudah pandai nilaikan. Ya, mungkin ada segelintir orang yang berbunyi (disebelah sana)tu, saya kira barangkali mereka mungkin masih belum matang lagi".
(He's laughing)
"Contohlah, kalau saya nak hantar anak saya tengok wayang, saya akan buat research terlebih dulu....itupun, kalau saya dah kahwin dan ada anak lah. Saya ni belum kahwin dan masih single ......" (joking)
hhhmmmmmmm
"Bagi saya, bukan sahaja pengarah dan penerbit harus menanggung risiko dan memikul tanggungungjawab. Bahkan penonton juga haruslah mampu nilaikan, serta berupaya membuat keputusan mereka sendiri"
(He smile handsomely)
***
________________________________________
Tugas Lembaga penapis filem sekarang sebenarnya boleh dianggap sebagai berunsur anamoli. Oleh kerana sistem dan tanggungjawab mereka secara tradisi sudah tidak dapat dilaksanakan lagi. Apa sebab? Ini kerana Lembaga ini tidak dapat menapis semua tayangan filem serta tidak dapat menjangkakan apakah filem tersebut mengandungi unsur-unsur yang perlu dihalang. Namun, sekiranya tayangan filem tersebut didapati tidak sesuai dengan cara hidup, Lembaga harus berani menyatakan dengan jelas apa yang tidak sesuai dan bukanlah dengan hanya berkata 'tidak boleh' semata - D.S.U Rais Yatim.
Lokasi: Istana Budaya, Kuala Lumpur


Ulasan
Catat Ulasan