Musang Hitam Si Desperado Kasanova

Musang hitam tak perlulah bebaik lagi. 

Bila dah benci, kata-kata sopan dan gemalai pun boleh berubah jadi tajam. Saya bukannya suka sangat mengaum sesuka hati, tetapi bilamana Desperado Kasanova sangat tak mengerti bahasa, apa lagi  yang boleh saya lakukan selain menjerit dan berikan kata-kata solid yang jelas dan terang agar Musang Hitam mengerti benar apa yang saya cuba sampaikan? 

Jangan diganggu kucing yang duduk diam dalam hutan. Mungkin dia sengaja menyorok dalam hutan tak nak bagi orang nampak. Jangan dipaksa kalau dia tak mahu. Biarkannya sendiri. 

Tak kira berapa banyakpun kata-kata pujangga yang Desperado Kasanova cuba-cuba berikan, ia tetap tidak akan mengubah  pendirian si Kucing Hutan.

Asal usul si Kucing Hutan sebenarnya adalah seekor Kucing Biasa yang makan Ikan Salmon, tapi ajaibnya bila diganggu-gugat oleh si Musang Hitam, Kucing Biasa ini boleh berubah karakter menjadi Kucing Hutan yang marah dan berang.

Huh! Betul-betul menyampah. Puting beliung di buatnya.

Ulasan

Catatan Popular