Tumbang
Buku catitan hilang.
Dalam situ ada tertulis sorotan picisan hati selama dua minggu sebelum saya tamatkan sesi praktikal di Bernama TV. Ligatnya, saya tercari-cari di mana-mana jua celah-celah yang kemungkinan ia boleh tersepit seperti di atas, bawah, tepi, dalam dan jua di luar kawasan liputan.
Setelah menggeledah, rupanya buku catitan tertinggal sewaktu berkunjung ke rumah keluarga Sabarimuthu di Puchong sempena pra-pengambaran Hari Natal yang lalu!
Pakcik Sabarimuthu, tuan empunya rumah bertanya apakah saya mahu buku itu kembali ke pangkuan? Sudah tentu mahu.
Tetapi malangnya saya tidak mampu ke sana lagi! Ia adalah penangan sesat sepanjang perjalanan ke rumahnya dan saya mabuk kepitaman!
Tetapi malangnya saya tidak mampu ke sana lagi! Ia adalah penangan sesat sepanjang perjalanan ke rumahnya dan saya mabuk kepitaman!
Saya hampir pengsan tetapi tabahkan hati.
Mujurlah Curry devils buatan tangan isterinya dapat selamatkan mata dan kepala yang sedikit ingin tumbang.
Mujurlah Curry devils buatan tangan isterinya dapat selamatkan mata dan kepala yang sedikit ingin tumbang.
Anak cucu cicit Pakcik Sabarimuthu mungkin sudah terbaca sorotan picisan yang panjang itu. Tulisan tangan saya sedikit bersepah-bersepah. Entah mereka faham, entah tidak.
Sambil menarik nafas panjang
Dengan nada mengeluh tetapi redha.
Hmmmm... saya terpaksa lepaskan 'dia'
(buku catitan) pergi.
Sambil menarik nafas panjang
Dengan nada mengeluh tetapi redha.
Hmmmm... saya terpaksa lepaskan 'dia'
(buku catitan) pergi.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan